Monday, September 30

Mesin Basuh Skellengg

Bila dah seminggu lebih lepak KL dan Damansara Damai, mula la baju menimbun-nimbun..Kalo basuh pon, lambat nak kering sebab cuaca tak menentu.. sekejap panas pastu mendung.. pastu langit gelap gugup (orang pantai timur kabor langit gelap gugup neh maksudnya gelap sangat la tuu..).. Tak lama kemudian, hujan selebat-lebatnya.. Dah mula masuk musim tengkujuh disebabkan peralihan angin monsun timur laut kepada angin monsun barat daya.. Sebab tu cuaca berubah-ubah.. (Ni apsal masuk subjek Geografi plak nehhhh..)

Sebenarnya aku nak cerita pasal mesin basuh syiling, atau versi pantai timur dipanggil skelleng.. Pada asalnya nak anta baju-baju semua kat laundry biasa je, tapi sambil pusing-pusing kat area Damansara Damai tu terjumpa lak Self Service Laundry. Macam beh la plak kan, kene try neh.. Memang mesin basuh syiling ni dah lama ada kat Malaysia, cuma hok ni nampak lebih canggih sket dan ada vending machine untuk sabun dan pelembut pakaian yang dijual sepeket kecil RM1. Memang harum macam kat kedai dobi.. Sedap je bau baju yang masih panas dah siap dikeringkan. Boleh lipat baju serta merta.. Memang 2, 3 kali la aku anta baju dan guna dryer kat sini.. Masuk je skelleng 50sen sebanyak RM4.00 (minima). . dan tunggu proses pengeringan sampai siap. Jimat masa dan boleh lipat baju terus dah.. Oh ye, mesin ini hanya menerima syiling 50sen yang terbaru kaler gold tu je tau. Sebelah vending machine untuk sabun dan pelembut pakaian tu ada satu lagi mesin penukar wang kertas kepada duit syiling 50sen yang terbaru ni. Memang user friendly.. tak payah nak cari kedai semata-mata nak tukar syiling. 


Kan best kalo ada mesin macam ni kat Kuantan.. Nak nak bila musim tengkujuh dah bermula nie.. huuuuuu... 


 Ini la rupa paras mesin basuh dan pengering guna skelleng tuu... Kalo baju banyak giler, guna la mesin basuh hok muatan 14kg, kalo baju sikit je, guna la mesin basuh hok muatan 9kg je.. harga berbeza antara mesin 14kg dan 9kg. Oleh kerana baju aku sekeluarga dan banyak giler nak basuh, memang sah-sah kena guna mesin basuh 14kg. Mesin sebelah bawah untuk membasuh, sebelah atas untuk dryer.

 Ramai tau yang guna mesin skelleng neh. Ni sumua owner baju tengah tunggu baju sampai siap dibasuh dan dikeringkan.. Tempat mesin basuh ni tepi kaki lima kedai jea.. 

 Ini harga untuk basuh baju dan pengering pakaian. Tak silap aku, basuh baju selama 30 minit untuk RM6.00 (mesin basuh 14kg)

Ada info grafik tatacara penggunaan

Ayah dan Ahmad turut teman ibu tunggu baju siap dikeringkan..

Friday, September 27

Road to Petrosains KLCC

Malas nak fikir tajuk bombastik, aku tiru je tajuk kat bawah tu.. Kali ini pasukan rumah Kuantan yakni keluarga aku la berlintas secara tidak langsung ke Petrosains yang terletak di Level 4, KLCC pada 14 September lepas.. Saje nak bawak anak-anak gi jalan.. Bila dah jadi mak bapak yang bekerja macam ni laa.. kena spend time untuk anak-anak, bagi hati anak-anak tu enjoy dan hepi sket... takla terperuk kat rumah dan kindergarden je kan..

Kami park Gingeyyy kat area apartment berhampiran dengan Bangsar South City, sebab nak naik LRT Putra kat Stesen Universiti (sebab straight to KLCC) dan kebetulan mak mentua adik aku memang tinggal kat situ... Naik je LRT, dah nampak muka teruja anak-anak aku dan sepupu dia skali.. lebih senang naik LRT ke KLCC, kalo bawak kete ke sana, mau sesat aku sampai Seremban kanggg.. hahaha!

Petrosains memang seronok, tetapi untuk kanak-kanak bawah 5 tahun mereka akan cepat bosan.. proses pembelajaran agak berat untuk mereka sebab antara games yang disediakan merangkumi stimulasi ribut taufan selaju 235km/j (aku memang try neh, takut giler akuu).. pastu ada games untuk daya geseran, graviti dan bermacam lagi laa.. anak aku siap main lari-lari lagi dalam petrosains tuu.. Pada pendapat aku, kalo kanak-kanak dah berusia 7 tahun ke atas, mereka akan lebih appreciate games2 macam ni..

Dengan Izin Allah, jika tiada aral melintang akan datang, aku nak bawa anak-anak tengok hidupan laut kat Aquaria plak..

 Bawak anak-anak naik LRT.. Kat Kuantan memang tade sumua neh.. hehehehe..

 Oleh kerana aku bawak anak-anak kecil, so priority diberikan kepada kami anak beranak untuk duduk.. Masih berbudi bahasa lagi rakyat Malaysia nih..

 Adam teruja la dapat naik tren laju-lajuuu!

 Adam main steering

 Say Cheeseeee!!!

 Ahmad dah mula haus dan penat.. kene bagi dia menom susu duluu..

 Ayah bergamba dengan Ahmad tengok dinosaur yang leh nyanyi-nyanyi dan bergerak-gerak lagi..




Berposing depan kete F1

Thursday, September 26

Road To Ikea 2013

Wahhhh.. tajuk pon ala-ala catchy gituu.. Macam "Road To Wembley" lak kann... Aku dan suami memang SUKA SANGAT laa gi Ikea.. Sebab hobi yang satu ni memang aku dan suami serasi.. Suami aku jenis suka mengemas dan suka benda-benda yang simple but neat. Dia tak boleh nampak benda-benda yang serabut dan barang banyak sangat, "sakit mata memandang" katanyaa..

Aku pulak memang suka rumah yang bersih dan kemas.. bukan kategori cerewet, tapi sebab anak aku sekarang jenis mengutip semua benda dan masuk dalam mulut.. pastu mula la sakit perut.. tapi aku memang suka rumah yang nampak kemas, baru rasa beh sket bila balik umah..

Banyak jugak yang kitaorang borong kat Ikea baru-baru ni.. Seb baek teringat bawak Gingeyyyy, kalo bawak MPV atau van ke memang meroyan dah beli barang yang besar-besar... hahahaha.. Harga kat Ikea takla semahal mana, ikut atas item laa.. aku suka beli yang murah-murah jea.. kita sedor diri kan..


Meat ball dia memang sedap lagi marvelles!  Aku order fish and chips.. Sedap gak arr..

 Kat foodcourt Ikea ni memang selalu penuh dan bersesak ngan orang.. Makanan for babies pon diaorang ada jual tau! Anak aku habis makan puri labu dan jagung manis tu.. Sedap sangat la maksudnya tuu.. Pastu comot.. Takpe.. comot2 pon comey gakk.. hahaha!

 Orait, ni galeri untuk ruang makan.. So, kita kan dapat idea macamana nak hias ruang makan laa.. Semua items ni boleh dapat kat Ikea.

 Ni pulak konsep untuk home office.. Suami aku suka sangat la benda-benda macam ni..

 Pelbagai jenis jam dinding yang simple dan klasik

 Banyak lagi jenis jam.. Mana-mana yang berkenan boley la beli kan..

 Banyak gak berabis kat Ikea.. karpet Hampen high pile, rak besi yang boleh assemble letak periuk atau pinggan (RM34.90 sahaja), cadar untuk baby cot, mangkuk besar  kaca (RM7.90), non stick pan (RM9.90 je tau) dan banyak lagi laa.. Ni pon mujur muat dalam Gingeyy, kalo bawak kete lagi besar... lagi banyak la beli nehh.. Cian mak dan adik aku bersesak-sesak ngan barang-barang ni semua kat seat belakang.. Hehehehehe..

Kasut Baru Gingeyyyy...

Waduh.. waduhhh.. kok udah lama tidak ketemu di dalam laman sesawangku ini.. Sebenarnya tidak banyak perkara yang berlaku, tapi aku suka nak rekod sesuatu perkara yang terjadi di dalam persekitaran hidup aku ni.. namanya pon "Persekitaran Uchee Dalam Mengharungi Kehidupannya".. Aku start blog ni pon masa aku bujang trang tang tang dan comel lote sejak 6 tahun yang lepas.. Sekarang bila dah jadi mak orang ni, tak brape la nak comel lote la sangat.. hahahha..

Okeh, entri kali ni aku nak bercerita mengenai kasut baru gingeyy.. Gingeyyy ni bukan la haiwan peliharaan, mahupun biskut berperisa halia.. Gingeyyy ni kete aku laa.. nama Gingeyyy ni pon sebab kaler body dia bukan pure black (Onyx Black), tapi dah macam kelabu-kelabu asap sket.. Atau dalam spec official nye di panggil Nanbu Black. Kete ni aku dah pakai 5 tahun, Alhamdulillah... Syukur pada Allah, takde lagi masalah major buat masa ini.. Kalo masalah hok minor-minor tu biasa sangat dah...

Oleh kerana dah 5 tahun aku guna, so suami aku yang pemurah lagi baik hati ni pon tukarkan lah keempat-empat bijik tayar baru, sekaligus tukar sport rim nya skali.. sebelum ni tukar tayar jela, tak penah lagi tukar sport rim.. So, Gingeyyyy dapat la "kasut" baru setelah berkhidmat lama dengan kami.. Hehehhee.. macam majikan yang prihatin la pulak kami ni kan.. yelahhh.. kalo long distances atau naik ramai-ramai memang kene guna Gingeyy la kan.. baik Gingeyyy ni.. sayangggg sama dia.. huahuahuaaaa...


Ini rupa "kasut" asal Gingeyyy..

 Sambil-sambil tu acu la mana "kasut" yang dirasakan sesuai.. Yang merah tu memang out terus laaa.. tak match langsung ngan kaler itam kelabu..

 Akhirnya, "kasut" bertuah ini juga dipilih.. agak matching dan cun gak arr..

 Ada bling-bling diamond gituuu... hahahhaa!

 Haaa.. inilah rupa paras Gingeyyy setelah mendapat kasut baru..

 Masa parking kat Basement Ikea baru-baru nie.. Dari jauh nampak cun tuuu.. Terserlah disc brake kat belakang.. hehehehehe..

 Terima kasih banyak-banyak suamiku sebab belikan hadiah "kasut" baru untuk Gingeyyy :-D

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...