Wednesday, October 9

Puding Karamel Nyam - Nyam

Jumaat minggu lepas aku try buat puding karamel.. Yelah.. suami balik hujung minggu kann.. mesti nak buat sesuatu dengan air tangan sendiri.. Padahal boleh je beli kat mana-mana tapi bila buat sendiri ni kita rasa puas hati, lagipun bila kita masak dengan iman, kita masak dari hati, (tiru tagline Chef Ammar) jadi rasa kasih sayang tu tercurah dalam makanan yang kita buat.. Itu mawaddah warahmah namanye.. 

Okeh, kali ni aku buat puding karamel, bagi aku puding ni semua orang pandai buat sebab senang je.. Aku kalo kuih-kuih senang ni suka la buat, pastu suka tengok orang makan.. Kat umah aku memang ramai orang, ada mak ngan abah, anak-anak, adik beradik aku bila depa balik.. Memang meriah laa.. Cepat sket abis puding yang aku buat.

Cara-caranya:-
  1. Letak loyang atas api kecil
  2. Then letak 5 sudu besar gula pasir atas loyang tadi
  3. Masukkan 1 sudu besar air
  4. Bila agak-agak gula nak cair sket, letak 1 sudu besar air lagi
  5. Biarkan gula cair jadi karamel (coklat keemasan) tapi jangan sampai hangit tau! kalo hangit jadi pahit. Pandai-pandai la korang..
  6. Pastu ketepikan
Dalam periuk A :-
  1. Masukkan 1 tin susu cair
  2. Masukkan 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  3. Then masak dengan api sederhana, kacau sentiasa, jangan sampai mendidih.. Biar suam-suam saje lorr.. 
  4. Tutup api.
Dalam bekas lain :-
  1. 5 sudu besar gula pasir halus (nak senang kisar je gula pasir kasar tu sampai jadi serbuk)
  2. 3 biji telur
  3. 2 biji telur kuning sahaja
  4. Then, whisk bahan-bahan kat atas sampai sebati.
Ambil penapis, tapis bancuhan ini dalam periuk yang berisi susu suam tersebut.. Kacau sampai sebati. Pastu masukkan bancuhan ini atas loyang yang ada gula karamel tadi. Kukus sampai masak dan kenyal. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya wap tidak jatuh.. Baru la comel sket rupe parasnya.. Siapppp!!!

Sekeping puding karamel ni RM2.00 tau!! Baik buat sendiri.. Senang, mudah dan jimat.. Sedap pulak tuu.. Hahaha! (puji kuih buat sendiri.. huuuuu..)

Friday, October 4

Pilihan hanya ada dua.. Persoalannya mahu atau tidak mahu?


Pagi-pagi buta dah dapat emel, nama aku tersenarai sebagai calon urusan pemangkuan / kenaikan pangkat.. Adui laaaa.. aku baru je seronok-seronok renovate rumah, buat table top, kabinet segala bagai.. dah dapat surat macam nie.. ni kalo terima ni, sah-sah kene transfer entah ke mana.. aku ni dah 5 tahun kawen, tak penah nak dapat duduk serumah ngan laki aku.. tapi kalo tolak memang entah ke bila la nak naik pangkatnye.. 

Takpe laa.. mudah-mudahan Allah SWT permudahkan urusan aku.. Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui terhadap semua perkara yang tidak kita ketahui.. Allah itu Sebaik-Baik Perancang.. Takde rezeki yang ni, mesti ada rezeki lain aop??

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...