Thursday, November 14

Akhirnya..

Yaaa.. akhirnya aku melepaskan sesuatu "benda" yang telah sekian lama aku pertahankan selama ini. Kerana sayangkan "benda" yang baru inilah aku biarkan dia kesepian selama beberapa tahun.. But as the time goes by, dan aku dah tak boleh nak berikan komitmen setelah mempunyai dua orang anak ni, aku dengan redha campur rela hati berikan orang lain untuk merasai "benda" baru ni..

"Benda" yang dimaksudkan ini adalah rumah aku. Harta kedua yang aku beli setelah kereta dan merupakan aset paling mahal yang pernah aku beli laa.. Yelah.. harga pun mencecah ratusan ribu kan.. Aku beli rumah ni lebih kurang setahun selepas kahwin.. Dan kebetulannya, aku beli rumah ini agak berdekatan dengan rumah mak aku, lebih kurang 15-20 minit jarak perjalanan dengan menaiki kereta. Oleh kerana suami aku kerja jauh dan mak aku pulak kadang-kadang duduk keseorangan, aku teman la mak aku ngan anak-anak aku sekali. Risau la kot-kot mak aku pengsan ke, demam ke.. Adik beradik aku yang lain nun jauh di negeri orang. So, aku sorang la pemastautin tetap di Pahang ni.

Niat memang nak duduk rumah sendiri, yelahhh.. benda baru kan.. kita nak cat kaler apa, dekorasi macamana, nak kitchen kabinet jenis apa dan lain-lain lagi la.. In fact, kipas siling pun aku siap pasang kat ruang memasak.. aku rasa leh terpadam api dapur kot kalo pasang laju-laju kipas tu. 

So, aku membuat keputusan untuk menyewakan rumah aku tu kepada orang lain.. Jadi bussiness woman la aku ni aop? Wat bisnes sewa umah gitu.. hahahaha! Padahal aku tak pernah walau sekalipun tido kat rumah yang aku beli tu. Memang penyewa aku ni kira orang paling untung laa, dapat rumah baru terus. Aku siap pasangkan cornice, downlight dan kipas siling setiap bilik sebelum ni.. Dah memang niat nak duduk kan.. Tapi tulaa.. Allah itu Sebaik-Baik Perancang.. 

 Nak bagi sewa kena la ada hitam putih kan..

Antara syarat-syarat perjanjian sewa rumah.. 

Oh kitchen kesayanganku.. pandai-pandai laa kamu bawak diri dengan penyewa itu yaa.. Jaga diri baik-baik tau! 

Wednesday, November 13

Adventures of your life

Beberapa minggu kebelakangan ni kehidupan aku agak "topsy turvy" sket.. Banyak perkara yang perlu dibuat dan beberapa event penting yang perlu dihadiri. Kehidupan sebenar mempunyai cabarannya tersendiri. Mengharungi susah senang bersama menjadikan sesuatu perjalanan yang sukar menjadi mudah. Kita nampak jalan itu dan tahu peranan apa yang perlu kita lakukan. For the rest, we just follow the flow..

Pertambahan usia mengajar kita erti kematangan.  Kematangan terbina melalui masa, menjadikan kita tahu bagaimana untuk mengawal emosi, belajar untuk menjadi sabar dan serasikan diri dengan persekitaran. Some says, your marriage is the adventures of your life. 

Dalam konteks perkahwinan, kita akan meniti pengembaraan kehidupan bersama, pergi ke tempat yang tak pernah kita pergi, melalui pengalaman hamil dan bersalin, berkongsi buah fikiran, pendapat, rasa cinta, tanggungjawab dan menjadi diri sendiri. Dengan itu kita tak akan rasa terbeban dengan perkara-perkara yang menganggu perasaan. Treat your husband as your best friend forever, dan kita akan tahu keseronokan membina kehidupan bersama untuk berpuluh-puluh tahun yang bakal mendatang.

Selamat Pengantin Baru buat Luqman dan Haziqah. Cuaca alam perkahwinan perlu dirasai sendiri and may all the best for both of you. Tahniah!

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...