Posts

Showing posts from 2014

How To Raise A HAPPY, SUCCESSFUL AND COOPERATIVE Child

Image
Yes.. I do have 2 superheroes at home. It's quite challenging for must I say.. Dalam sehari tidak kurang 5 kali diorang akan berebut barang yang sama pastu dua-dua menangis serentak.. Ohye, skrin IPad aku dah retak menjalar sana sini.. Itu sebagai tanda bukti perebutan barang dua orang adik beradik. Abis tu takkan la aku nak pau 1 lagi IPad kat laki aku kan.. Apa aku ingat laki aku ni cop duit ke apa.. Perghhhh.. aku ni dulu yang jarang high tone sekarang dah pandai menggunakan getaran vokal peti suara kepada tahap yang lebih up sikit kat bebudak dua orang ni.. Yelahh.. taim anak sorang dulu takde kawan nak buat bergaduh kan.. Taim dah ada anak dua ni perkataan "JANGANNNNN!!!" tu almost digunakan laa... Contoh, "Adam! JANGAN pukul adik!!", "Ahmaddd!!! JANGAN gigit abang!!!", "Abang!! JANGAN buat bising, adik nak tidoo" dan macam-macam lagi la contoh yang korang boleh pikir sendiri.. So.. ini ada satu illustrasi info grafik yang sangat memban…

Hari Sabtu Main Bubbles

Image
Kadang-kadang rasa cam hampeh gak title-title post dalam blog aku nih.. "Hari Sabtu Main Bubbles" laa.. "Jalan-Jalan Jumpa Bini" laa.. "Apple Pie Syiok Sendiri Ooooo" laa dan macam-macam la..Aku ni jenis pesen kalo dah menaip tu ikut apa aje hok terlintas di fikiran.. tak kisah pon pasal tatabahasa ke, penggunaan kata kerja transitif dan tak transitif ke.. ayat tunggang langgang ke.. asal sedap je jari jemari Sallyyyyy menaip kan..  
Oraittt... berbalik kepada tajuk di atas yakni Hari Sabtu Main Bubbles. Kenapa hari Sabtu? Kenapa tak hari Ahad? Kenapa tak hari-hari lain? Hari-Mau barang kali? Dah tentu hari Sabtu je aku full day bermalas-malasan dengan family aku.. Hari Ahad pas Asar aku mau cau balik Melaka dah. Nak fokus drive kete potong-potong lori lagi kat Lebuhraya Tun Abdul Razak (Jalan Kuantan - Segamat) tuh.. Kadang-kadang aku rasa giler adventure aku nih.. Tiap-tiap minggu drive long distance.. Ahhhhh.. ada aku kesah. Aku dah biasa dah pon.. Al…

Jalan Jalan Jumpa Bini Last Part

Image
Serius lama tak update blog.. Ni pon curi-curi masa jap. Hokeyyy.. last skali kami ke Masjid Cina, bersebelahan dengan Stadium Hang Jebat, Melaka.. Uniknye tentang masjid ini adalah kerana pembinaannya menyerupai tokong cina, siap ada pintu gerbang kaler merah tu.. Serius cantik dan pemandangannya mengadap padang hijau nan luas.. Angin memang kuat, tak payah pasang kipas pon takpe. Ni kalo pas solat, bersandar tepi tiang dalam masjid ni silap-silap boleh terlelap nih.. sedap sungguh angin bayuuuu membawa dirikuuuuu ~ ala-ala lagu feminin pulak la kan...
Kebetulan kami sampai sini seusai solat zuhur, so orang tak brapa ramai laa.. anak-anak aku yang 2 orang tu siap berlari-lari dari hujung kanan terus ke hujung kiri kawasan solat.. karpet tebal, baru dibina lak tu.. lagi sedap arr depa berlari-lari.. aku tangkap sorang, sorang lagi terlepas.. maklumlaa anak-anak hero kan, memang berasak la sana sini, ibu pulak berbadan sado, memang jauh ketinggalan la kalo nak mengejar dua orang adik …

Jalan-Jalan Jumpa Bini Bahagian Dua

Image
22 Oktober 2014. Hari ni hari cuti Deepavali. Alhamdulillah cuaca baik.. seronok ada cahaya matahari menyinari.. Pagi-pagi dah siap sidai baju. Plan hari ni nak bawak anak mandi air kolam kat Bayou LagoonBukit Katil, Melaka. Bayou Lagoon ni kira macam hotel apartment waterpark laa.. ada 2 villa iaitu Amari dan Tahiti. Tapi aku tak stay apartment dia pon sebab rumah dekat je kan.. datang untuk main waterpark jela. Dari minggu lepas lagi aku dah beli pelampung itik 2 ekor. Siap dah survey harga tiket dan jalan ke waterpark tu beberapa hari sebelum. 
So, dalam 8.30 pagi dah siap gerak dari rumah, singgah brekfas dulu kat Ayer Keroh then sambung perjalanan ke Bukit Katil. Waterpark start pukul 9.30pagi, saja nak sampai awal sebab hari ni hari cuti umum, orang mesti ramai punyalahh.. Sampai-sampai je anak-anak aku memang dah excited giler. Tak sabar nak main air kolam, main gelongsor air dan lain-lain.
Tiket untuk dewasa per entry RM20, kanak-kanak tinggi lebih 3'  RM15. Safety locker

Jalan-Jalan Jumpa Bini Bahagian Satu

Image
Suami aku cuti seminggu dari 18 hingga 26 Oktober. Itu dah termasuk cuti umum Deepavali, cuti besday Sultan Pahang dan carry backward Cuti Awal Muharam. Dia cuma amek AL (annual leave) untuk 2 hari saja. So, dah dapat seminggu cuti.
Aku tak plan banyak benda sempena laki dan anak-anak aku ada kat Melaka untuk sepanjang minggu ni memandangkan aku still bekerja dan tak amek cuti.. Kebetulan minggu tu aku kene keja luar, so memang tak dapat la nak bercuti-cutian, bermalas-malasan dengan family..
Namun pada hari jadi Adam Fahri yang ke 5 tahun pada 21 Oktober lepas, malam tu aku bawa family naik Menara Taming Sari. Menara ni setinggi 110 meter dan boleh berpusing di atas menara selama 7 minit. Ianya berdekatan dengan Dataran Pahlawan dan bertentangan dengan Mahkota Parade. Kalo tak silap aku tiket untuk 4 orang pada malam tu RM45, dapat la percuma fridge magnet 4 ketul dan 2 lolipop bulat leper tu.

 Da beli tiket beratur dulu ikut turn
 Abam Taming Sari wipe dulu tingkap menara disebabka…