Tuesday, January 21

Dugaan Penghujung Tahun 2013 - Part Two

Dalam keriuhan suasana cemas dan risau akibat banjir, anak aku yang kecil, Ahmad Zikri dah lebih seminggu demam selesema tak kebah-kebah.. dalam seminggu tu 2x aku ke klinik untuk mendapat rawatan. yelah.. Ahmad kan kategori baby lagi sebab tak sampai setahun.. imun masih lemah dan suasana sejuk akibat tengkujuh dan banjir yang melanda. Melihatkan kulitnya semakin membiru dan bertompok-tompok membuatkan aku semakin risau dan susah hati.. 

06 Disember 2013, sebaik sahaja suami aku berjaya melepasi jalan yang terputus akibat banjir, petang itu juga aku ke Kuantan Medical Centre (KMC) untuk berjumpa dengan pakar paediatric. Doktor pakar tersebut mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman pada paru-paru Ahmad.. Patutla anak aku tidak bermaya, tidak mahu makan dan minum.. Mata cengkung dan dehydrated.. kesian sungguh dia..

Lebih kurang seminggu Ahmad berkampung di KMC dan kami bergilir-gilir menjaganya.. Adam pula kami hantar ke sekolah. Kalo aku jaga siang, suami aku pula tido di hospital, begitu juga sebaliknya.. Selepas seminggu diberi antibiotik dan pelbagai jenis ubat-ubatan, Syukur Alhamdulillah Ahmad kembali sihat dan lebih aktif dari biasa. Siap main kejar-kejar lagi dengan abangnya..  :-)

 Hari pertama masuk hospital.. mula la si Ahmad ni rungsing tangan berbalut

 Kena masuk air melalui intravena.. dua tiga hari Ahmad hanya tido je.. susu pon kurang, apatah lagi nak makan

 Bila dah hari kelima baru la nak main ngan abang dia

 Sehari sebelum discaj dah nampak hepi giler

Hari last KMC.. baru la ceria, aktif si Ahmad ni.. haaaa.. macam ni la anak ibu yang sebenarnye.. lasak kan.. boboboii..

Monday, January 20

Dugaan Penghujung 2013 - Part One

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi, aku masih sihat dan boleh bernafas sehingga ke saat ini.. Dah lama tak update blog.. Cuma sekarang dah lega sikit setelah selesaikan banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pada 3 Disember tahun lepas, sebahagian besar daerah Kuantan dilanda banjir. Begitu juga dengan rumah aku.. banjir melepasi paras pinggang.. Sebelum ini pernah berlaku banjir di perumahan aku, tapi taklah setinggi ini air bahnya..

Kebetulan hari Selasa, 03 Disember tu aku MC.. anak kecik aku demam selesema.. Hujan pulak dah berterusan selama 3 hari. Tak ada tanda-tanda hujan nak berhenti. Pukul 4 petang mak aku dah risau semacam sebab air semakin melepasi parit belakang rumah aku. Mak aku suruh alihkan kereta ke tempat yang lebih tinggi.. Puas aku memusing nak cari tempat tinggi area Sungai Isap ni.. last-last jumpa kat area tangki air.. sebab situ tanah tinggi sket berbanding lorong rumah aku. Aku tawakkal je tinggalkan kereta kat situ.

Malam itu air semakin naik.. dah paras lutut aku bila jejak jalan tar depan rumah.. memang sah kena pindah ni. Suami aku tiada di sini. Hanya ada mak dan dua anak aku jea. Malam-malam tu aku dukung si abang meredah banjir dengan beg pakaian tergalas atas bahu ke jalan depan. Mak aku pulak dukung si adik yang tengah demam.. Jiran-jiran lain masih berteleku di birai tangga.. Tak tahu samada nak pindah atau tidak.. Kuasa Maha Suci Allah.. kebetulan kakak aku meredah banjir dari Kertih datang ke rumah mak aku atas urusan kerja di sini. Kalau ikutkan, kereta biasa memang tak lepas nak sampai ke sini tapi Allah kuatkan semangat kakak aku yang sedang hamil tu untuk meredah juga banjir dan menyelamatkan kami anak beranak. Malam itu juga kami tido di hotel di tempat kakak aku berkursus.. Syukur Alhamdulillah.. Suamiku lepas balik ke Kuantan pada hari Jumaat, 06 Disember setelah jalan antara Kertih dan Kuantan sudah surut sedikit.

Pada hari Sabtu, 07 Disember.. banjir semakin surut.. tapi jalan masih digenangi air bah.. perkara pertama yang aku nak tengok adalah kereta.. Syukur pada Allah.. kereta tak seteruk mana tenggelam.. paras bawah pintu tapi lantai kereta tetap bertakung air banjir.. Tiada masalah major tapi kereta aku takleh masuk gear "Parking". Kalo masuk juga tuil gear jadi jem dan tak boleh bergerak langsung. Hanya boleh masuk gear "Neutral" dan tarik handbrake sekiranya memberhentikan kereta. Tapi takpelah.. ada perkara yang lebih penting lagi untuk diuruskan..

Melihat masuk ke dalam rumah, Masya Allah.. betapa kerdilnya hambaMu ini Ya Allah.. Allah hanya bagi sedikit sahaja ujian kepada kami tapi sudah sebesar ini kesannya.. Tak tahu nak mula dari mana.. banyak barang-barang yang sudah rosak.. Tapi takpelah.. perlahan-lahan kayuh untuk bersihkan dan baiki apa yang patut..

 Ruang tamu

 Bilik hadapan

 Bilik hadapan

 Bilik belakang

 Dapur

 Bilik tengah

 Depan rumah, Sabtu 07 Disember 2013

 Garaj

 Dapur

 Bilik tengah

Misi mencari kereta di hujung sana.. 

Wednesday, January 1

1st entry 2014

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Tahun 2014 baru sahaja membuka tirainya.. Mengambil sedikit kesempatan untuk menjenguk blog seketika.. Ada banyak bahan yang ingin diketengahkan namun memerlukan sedikit masa untuk fokus terhadap blog.. Buat masa ini, kena settlekan perkara yang penting dahulu.. Bila dah lega sket baru blog ini akan aktif kembali.. Tatatititututuu....

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...