Posts

Showing posts from February, 2014

Selamat Menginjak Ke Usia 1 Tahun Ahmad Zikri!!

Image
Ohhh.. Secara peribadinya aku suka jamuan hari jadi.. Lebih-lebih lagi hari jadi anak-anak laa.. Tetiba jek rasa cam kanak-kanak balik kan.. malah kita yang lebih teruja dari depa. Tiup-tiup belon.. gantung-gantung belon.. beli kek dan masak bihun atau goreng nagget atau bebola ayam.. pastu wat cucuk2 macam kat gerai selalu jual. Budak-budak memang suka ni semua.. Majlis yang simple but still have a very warm feeling.. feel blessed because surrounded by the persons that we love and care for.. Rasa bahagia.. As mom aku suka tengok diorang hepi.. Aku suka rumah aku meriah ngan gelak tawa budak-budak.. Lagipun memang suasana aku dibesarkan macam tu.. Adik beradik aku seramai 6 orang dan hubungan kami memang rapat.. Walau sejauh mana pun mereka berada sekarang, mereka  tetap akan balik sekiranya ada jamuan makan-makan sekeluarga macam ni.. Seronok bila ada adik beradik berkumpul sesama, pastu layan bola lak kat tv (masa tu game pahang vs lions xii)... abah aku sebagai ketua tukang sorak,…

Adam Fahri goes to school!!

Image
Dah lama aku tak post citer pasal si abang ni.. Anak sulung ni biasanya manja, attitude pon boleh tahan juga. Bila dah ada adik ni, dia punya manja kenmain lagi. Punya la buat macam-macam nak tarik perhatian. Walaupun kat luar si abang ni nampak aktif dan lasak, tapi hati dia lembut.. Aku senang je nak tackle hati si abang ni, anak aku kan.. bila taim dia mengamuk, memberontak dan menjerit-jerit, aku just peluk dia dan cakap lembut dengan dia. Pastu salam. After that dia akan okay seperti sedia kala.. 
Awal tahun baru-baru ni aku dan suami menghantar dia ke tadika. Si adik pulak ke taska macam biasa. Bagi aku dah sampai masanya untuk dia explore dunia belajar dan berkawan dengan rakan sebaya. Barulah nampak seimbang dengan tahap intelektual dan pemikirannya. Sebelum ni, aku hanya hantar ke taska biasa-biasa sahaja.. Sejak anta dia kat tadika ni, dia siap ajar aku bunyi sebutan bacaan melalui kaedah smart reader, ajar aku iqra tahap 1 dan bacakan doa makan bila nak makan.. wahhhhh.. t…

Butterfly, Suh Moon Tak VS Loveholics

Image
Muzik itu universal.. aku suka dengar muzik pelbagai genre dan bahasa.. Biar sepatah haram pon aku tak faham apa yang depa ni nyanyi tapi aku suka je bila sesuatu muzik tu catch my ears to listen it dan membuatkan aku mendengar lagu yang sama berkali-kali.. Macam minggu lepas, fikiran aku ni dok terngiang-ngiang lagu Cliff Richard - We Don't Talk Anymore.. Yang terkini pulak lagu Butterfly (South Korea). Ntah kenapa, lagu Butterfly nyanyian Suh Moon Tak lebih menarik, powerful dan lagi best plak dari penyanyi asal lagu Butterfly iaitu Loveholics. Mungkin sebab suaranya ada unsur rock2 sket.. Artis Jung In pon best gak dan of course, Leessang tetap di hati.. chewahhh!
Ini versi Suh Moon Tak.. Rockers gitu..
Ini plak versi penyanyi asal, Loveholics..