Tuesday, March 4

Interesting Places To Go

Kesukaan itu subjektif. Cantik dan menarik itu subjektif. Semuanya terpulang kepada pandangan mata dan hati masing-masing. Ada orang suka wanita cantek, kurus dan langsing. Ada orang suka lelaki yang tinggi, hensem dan taf. Ada orang suka wanita yang montel, gebu dan montok. Ada orang suka lelaki yang nampak nerd, berkaca mata dan berilmu. Ada orang tak kesah rupa langsung, janji hati rasa senang dan tenang bila bersama. Walau apa pun kesukaan, akhirnya semua berbalik kepada soal hati dan perasaan. 

Itu soal kesukaan terhadap manusia. Apa yang aku nak cerita sekarang adalah kesukaan terhadap sesuatu tempat. Tempat yang menarik pada pandangan mata aku.. Mungkin bagi orang tempat-tempat ini biasa saje, tetapi bagi aku, all this places give you emotional bond and you certainly love that feeling..

Interesting Places To Go # 1: Penang

Penang memang menarik untuk dilawati.. They give you such a nostalgic memories and a very warm feeling..



























Interesting Places To Go # 2: Ikea

21 Februari baru-baru ni aku dan suami ke Ikea Damansara untuk survey rak buku.. Oleh kerana suami aku SANGAT SUKA BELI BUKU (tapi tatau bila dia nak bacanya) dan aku anggarkan hampir 10 container box besar padat dengan buku dia saja, so laki aku rasa sudah sampai masanya untuk bagi "rumah" kat buku-buku dia tu.. Seperti biasa, laki aku suka kaler putih sebab nampak besar dan bersih, so dia hanya aim kaler-kaler putih jea.. Tapi bila dah berkenan, stok pulak dah abis... bila cari rak yang lain, transport pulak masalahnya.. patut kene sewa lori datang sini..


Ini yang aku suka.. Tapi tak jadi beli puloppp.. Haishhhh..

Rak atas tu memang menarik.

Ini yang laki aku suka..








Interesting Places To Go # 3: Muzium Jeruk Madu Pak Ali

Jangan tatau jeruk pon ada muzium tau.. tapi ni muzium yang menjual produk-produk jeruk pak ali la kan.. Saje jenjalan kat sini, boleh tau cara pemprosesan pembuatan jeruk macamana.. kilang pembuatan jeruk ini terletak di belakang kedai jualan.. aku dan suami banyak beli untuk kawan-kawan kirim saja.. Muzium ini terletak di Simpang Ampat, Pulau Pinang..

Sebelum sampai ke muzium, melalui sederet kedai lama.. rasa macam sayu hati je.. rasa macam dah tua je.. hehehe..















 Sampai je homestay, budak-budak sudah keletihan.. terus tertido depan tv..


Interesting Places To Go # 4: Masjid Kayu, Kg. Seberang Jerteh, Besut, Terengganu

Awal tahun baru-baru ni aku berpejalanan ke Kelantan atas urusan kerja.. on the way pulang ke Kuantan, singgah sebentar untuk menunaikan solat asar di sini. Masjid Kayu ini memang unik, dengarnya tukang buat masjid ini tidak menggunakan paku, hanya menggunakan pasak sahaja dan sudah tentulah menggunakan kayu yang bermutu tinggi.. Nampak klasik dan tradisional..










Interesting Places To Go # 5: Kota Bharu, Kelantan

Kalo pergi Kelantan, local foods memang wajib kena rasa. Bagi sesiapa yang suka shopping, silalah berjalan ke Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah dan sewaktu dengannya..

 Kedai Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan, Kota Bharu.. Harga SANGAT MURAH okeyy.. makan 4 orang siap ngan air buah, ikan bakar, ayam goreng, ulam segala bagai tak sampai RM30.. WAJIB datang makan kat sini lagi bila sampai Kota Bharu.


 Kain pasang batik berbatu kemilau pelbagai kaler RM45 sepasang.. sesuai la penjawat awam macam aku ni pakai setiap hari Khamis.. Kalo kat pasaran luar tu mau sekali ganda harganya..















Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik, tapi aku malas nak taip, upload gamba dan sewaktu dengannya.. Macam dah agak panjang entry kali nie.. Banyak dengan gamba je pon kan.. Habit aku suka amek gamba, patut laki aku kena hadiahkan DSLR nehh.. huahuahuaaa...

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...