Posts

Showing posts from May, 2014

Bagi anak-anak ngan bini hepi-hepi lorrrr..

Image
25 Mei 2014. Hari minggu di Kuantan. Saje keluar jenjalan pergi Megamall sebab aku nak survey baju raya. Senang pergi masa ni sebab harga masih biasa.. Tak la letih sangat, lagipun saje nak bawak budak-budak gi jalan.. Aku pon apa lagi terus la ke Nagoya cari kain pasang, berpasang-pasang jugak la aku beli sebab untuk baju kerja pon ye.. anak-anak pulak ayah dia bawak pergi main kat play park hok ada permainan pelampung yang besar-besar tuh.. memang suka sangat la adam ngan ahmad tu panjat-panjat, terjun tiruk segala bagai.. Tima kaseh ayah sebab tolong jaga budak-budak, hepi ibu sebab dapat pilih kain dengan tenang, aman dan damai buat sementara waktu..
 Ayah jaga ahmad ngan adam jap ye, ibu nak gi shopping.




 Tu dia dua orang anak bujang aku.. mengikik-gikik gelak suka sangat. Ahmad siap terjun tiruk lagi
 Lasak jugak bila si kecik nih main dengan abang dia
 Hoh, guling-guling.. macam ni la anak lelaki sebenar!

 Aku nampak kaki ahmad je nih. Sah tunggang terbalik

Penat la tu, rehat …

Hiking Bukit Pelindung

Image
22 Mei 2014. Biro Sukan opis aku mengadakan aktiviti mendaki Bukit Pelindung. Walaupun pendakian ke puncak pejabat menara telekom tak sampai sejam, tetapiiiiii... boleh cramp ahh sape-sape yang tak tahan.. Daripada seramai-ramai orang staff opis aku yang join mendaki Bukit Pelindung ni termasuk aku, hanya 6 orang je yang sampai ke puncak pejabat menara telekom nehh.. Yang lain kandas di tengah jalan dan balik semula ke check point pertama. Ada yang nak muntah, ada yang muka dah kebiru-biruan, ada yang dokleh nak bernafas dengan betul lagi dah.. macam-macam lagi laa..
Mendaki Bukit Pelindung ni memang agak mudah la sebab dah ada track jalan tar. Cuma larat tak larat jek. Agak tinggi dan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke puncak kalo naik slow-slow.. Aku respek orang tua especially orang cina la sebab diorang memang daki bukit ni hari-hari, diorang boleh pintas kitaorang yang ala-ala muda remaja manis cantik jelita ni macam takde pape jek. Hebak skaleyyyy.. Aku macam …

Hari Sukan Anak Kita..

Image
10 Mei 2014. Kali pertama aku dan suami menghadiri acara sukan anak aku.. Excited sebenarnya sebab aku dah lama teringin nak participate event anak-anak macam ni.. biarpun sekadar sukaneka biasa tapi aku rasa seronok dok tepi padang dan bersorak demi Adam Fahri. Aku rasa mak-mak budak lain pun sama naik dengan aku bersorak demi anak-anak mereka. 
Sukaneka yang berlangsung dari pagi sampai ke tengahari, walaupun Adam Fahri dah ada "bunga-bunga" nak protes dan mengamuk sebab kepanasan dan haus, sukaneka tetap berjalan dengan lancar dan berakhir dengan semua kanak-kanak tidak kira menang atau kalah, tetap membawa pulang sedikit goodies bag dan medal emas setiap seorang. Ada la kenangan pertama untuk sukan tadika Adam Fahri.. :-)
 Adam di dalam kategori Pasukan Rumah Pink.. (Adam? Pinkk?? Adoiyaiii..)
 Sedang menunggu turn
 Teacher sedang memberi arahan permainan..
 Ok Adam.. Steadyy!!
 Ada pasukan rumah Purple, Merah, Pink dan Biru
 Okeyy.. Adam ready dah nak lari-lari ayam..

Balik kampungan

Image
01-09 Mei 2014.. Balik kampung.. Serius dah lama tak balik kampung.. Nak-nak pulak sekarang musim mempelam, mangga segala bagai.. Cuaca panas terik, hujan sekali dua jek. Kali ni tak banyak sangat "derak" kata orang kelate.. Dok jalan mana la kiranye.. Masih mencapai misi utama, jumpa family dan saudara mara sebab raya nanti tak dapat balik  ke sana.. 
Alhamdulillah mak ngan ayah mentua masih sihat dan boleh makan roti canai macam biasa, adik ipar sedang menunggu detik lahirnya anak ketiga, biras cam biasa kurus, tinggi dan kuat bekerja, anak2 saudara makin keletah bersahaja (hoihhhh.. sikit lagi bulih jadi pantun dah karangan aku nih!) dan pasangan parent to be, luqman dan haziqah just cool and happy as seen..
Travelog kali ini hanya sekitar pekan parit buntar, penang dan pokok sena.. tak banyak sangat amek gamba, si kecik ahmad mintak dukung sokmo.. Sempat menziarahi pak ngah dan mak ngah kat teluk kumbar, pak cik kat balik pulau. Sudah tentu wajib menziarahi mak teh, pak …