Hiking Bukit Pelindung

22 Mei 2014. Biro Sukan opis aku mengadakan aktiviti mendaki Bukit Pelindung. Walaupun pendakian ke puncak pejabat menara telekom tak sampai sejam, tetapiiiiii... boleh cramp ahh sape-sape yang tak tahan.. Daripada seramai-ramai orang staff opis aku yang join mendaki Bukit Pelindung ni termasuk aku, hanya 6 orang je yang sampai ke puncak pejabat menara telekom nehh.. Yang lain kandas di tengah jalan dan balik semula ke check point pertama. Ada yang nak muntah, ada yang muka dah kebiru-biruan, ada yang dokleh nak bernafas dengan betul lagi dah.. macam-macam lagi laa..

Mendaki Bukit Pelindung ni memang agak mudah la sebab dah ada track jalan tar. Cuma larat tak larat jek. Agak tinggi dan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke puncak kalo naik slow-slow.. Aku respek orang tua especially orang cina la sebab diorang memang daki bukit ni hari-hari, diorang boleh pintas kitaorang yang ala-ala muda remaja manis cantik jelita ni macam takde pape jek. Hebak skaleyyyy.. Aku macam nak putus saraf rasenye panjat bukit ni sebab 1st taim kann.. kalo hari-hari naik musti jadi biasa punyer macam depa.. chewahh..

 Seblom mendaki amek gamba dulu.. masa ni la penting monopod, dop gitu?

Amek gamba lagikk.

Ibu hamil, ibu ada risiko kesihatan memang tak digalakkan langsung la mendaki bukit nehh..

 
Kitaorang baru nak start naik, depa dah turun dah.. siap peluh2 lagik.. hebak depa neh..

Track semakin lama semakin tinggi, makin lama makin penat arr.. 

 Konon2 ni la bukti aku daki bukit.. nanti leh citer kat anak-anak aku nanti suatu ketika dahulu ketika sewaktu ibu masih muda cantik jelita (mesti nanges laki aku baca statement neh) ibu penah daki bukit pelindung tauu.. hehehe

 Dah separuh daki baru jumpe signbod selamat datang.. nak jumpe signbod ni pon mau semput dulu..

 Ahah! aku macam nampak je menara puncak kejayaan neh

 Inilah pejabat menara telekom yang terletak puncak bukit pelindung. Sampai sini jela boleh pergi.. tade atas lagi da.. Ni yang paling atas.. Saje la nak bagitau aku antara yang boleh sampai ke puncak Bukit Pelindung, sebab tu leh amek gamba ni kan.. hehehehe..




 Kelihatan seluruh bandar Kuantan dari sini..

 Ini muka-muka yang tak berapa nak berjaya sampai ke puncak.. jangan mare ye kawang-kawang.. heheheheh

 Ini muka-muka yang berjaya, yang oren tudung itam tu aku ler tuuu..

 Pas hiking, semua bergerak gi berkelah kat Taman Gelora

 Makan-makan, gosip-gosip

Abis sebungkus Nasi Kukus Mama aku bahang, tambah balik kalori hok yang dah terbakar tuh.. tak patut.. tak patut.. camna nak kuruih lagu camni.

Aku dah set walking mate dalam henpon aku sebab nak tau jarak dan langkah bila taim daki bukit. Aku naik turun sejauh 5.7km tuuu, 8161 langkah, 402 kalori terbakar. Pastu tambah balik 800-900 kcal nasi kukus ayam goreng lazat bestari... ohhhhhh.. apala gunanya daki bukit itu tadi.. uhuk uhukk.. 

Comments

Wah!! tq ye sis for ur sharing about Bkt Pelindung. Lom pernah berjaya sampai lagi ke atas sana. InsyaALLAH, dalam proses nak daki jugak bukit pelindung nie. Cam best tengok uncle2 cina duk panjat. Rasa tercabar jugak.

Popular posts from this blog

Lai..lai.. laii.. Cempedak kasi murah sajaa..

Pasar Karat, Batu Pahat, Johor Darul Takzim - 8 Jun 2014