Posts

Showing posts from July, 2014

Kene tukar lorrrrr...

Image
25 Mei 2014. Memo pertukaran / penempatan tertera nama aku masuk melalui mesin faksimili. Ditukarkan ke cawangan Negeri Melaka / Negeri Sembilan berkuatkuasa 2 Jun 2014. Serius tergamam. Rasa happy ke? Of course not. Aku rasa ramai lagi staff lain yang lagi lama berkhidmat kat Negeri Pahang yang lebih berkelayakan tapi tak kena tukar pun. Tapi aku anggap ini rezeki Allah SWT nak bagi kat aku. Serius sedih sebab kene tinggalkan suami dan anak-anak buat sementara waktu, mudah-mudahan suami aku dapat bertukar ke Melaka pula kan.. 
Pada mulanya aku memang nak tolak kenaikan gred ni, tapi suami cakap fikirlah dulu. Yang interview beratus-ratus orang, kekosongan cuma ada 4 sahaja. Cubalah setahun dulu.. lepas tu buat surat mintak balik Pahang semula, suamiku berkata demikian.. Banyak yang perlu difikirkan.. Sebab sebelum ini aku yang menguruskan family aku, bangun awal, siapkan beg sekolah anak semua, buat sarapan pagi, mandikan anak-anak untuk ke sekolah, hantar anak ke sekolah pergi dan …

Hari Sabtu Amek Report Card Adam

Image
Sabtu,  21 Jun 2014. Tadika Ikhtisas mengadakan perjumpaan ibu bapa untuk membincangkan prestasi pelajar-pelajar dari umur 4 hingga 6 tahun. So, aku dan hubby rasa agak excited jugak la sebab nak jumpa guru-guru yang mengajar anak aku si Adam Fahri ni. Aku tak expect too much mengenai Adam sebab aku tau, Adam ni cakap pun masih pelat lagi.. maklumlaa.. anak lelaki ni lambat matang sket berbanding anak perempuan. Perasaan seronok tu datang sebab anak sulung ni biasanya mengajar kita erti pengalaman pertama. Macam pertama kali hadiri sukan anak sekolah, pertama kali amek report card sekolah anak, pertama kali anak tak sihat dan macam-macam pertama kali laa..
Keputusan peperiksaan semester tidak penting bagi aku untuk anak-anak yang baru berusia 5 ke 6 tahun ni. Bagi aku apa yang penting adalah pergaulan dia antara rakan sebaya, bermain bersama, belajar bersama, berinteraksi dengan orang dewasa yang lain selain daripada keluarga dia dan bagaimana dia menguruskan diri sendiri seperti ke …

Pasar Karat, Batu Pahat, Johor Darul Takzim - 8 Jun 2014

Image
Sepanjang umur aku hidup hampir 33 tahun ni la kan.. (hohh.. dah tuo aku ni..) baru 1st time aku jenjalan kat Pasar Karat, Jalan Fatimah, Batu Pahat. Aku balik kampung mak dan ayah aku ni pon sebab dah lama tak balik.. boleh jumpa nenek aku skali.. Alhamdulillah beliau masih sihat, siap boleh masakkan ikan cencaru asam pedas lagi kat kami ni walaupun sudah berusia 87 tahun.. Perghhh.. nampak cam simple je asam pedas nenek aku ni tapi sedap sungguh, memang lain la dari asam pedas yang pernah aku makan sebelum ni.. ikan cencaru je pun kann.. bukan ikan hi-class2 hok mahal pun.. tapi memang air tangan orang tua memang sedap.. aku tengok nenek aku masak campak2 je pun..
 Ni la rupe parasnye asam pedas nenek aku, nampak simple, tapi sedap.
Nenek aku siap watkan kopi panas untuk makan ngan nasik. Laki aku pon kata sedap jugak asam pedas ni..

Keesokkan harinya, aku sekeluarga dan mak aku ke Pasar Basah Jalan Ibrahim, biasa la beli lauk untuk stok nenek aku, kendian baru kami ke Pasar Karat …

Salam Ramadhan 1435H

Alhamdulillah... sudah pun menginjak di dalam bulan Ramadhan.. dah agak lama tak update blog. Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku buat masa ni, masih menyesuaikan diri dengan suasana baru, rakan baru, tempat kerja baru, dan macam-macam lagi la.. Aku kini berkhidmat di negeri Melaka, biasak la kann.. nama pun penjawat awam... "Saya Yang Menurut Perintah", kalo dah kene pindah, memang kene pindah gak la kan.. kang kene buat surat tunjuk sebab lak kang kalo ingkar arahan.. 
Ada banyak bahan nak post nih, buat masa ni lek lek kool dulu, nanti bila dah senang dan tenang, aku akan update blog balik.. Tatatititutuuuu...