Monday, July 14

Pasar Karat, Batu Pahat, Johor Darul Takzim - 8 Jun 2014

Sepanjang umur aku hidup hampir 33 tahun ni la kan.. (hohh.. dah tuo aku ni..) baru 1st time aku jenjalan kat Pasar Karat, Jalan Fatimah, Batu Pahat. Aku balik kampung mak dan ayah aku ni pon sebab dah lama tak balik.. boleh jumpa nenek aku skali.. Alhamdulillah beliau masih sihat, siap boleh masakkan ikan cencaru asam pedas lagi kat kami ni walaupun sudah berusia 87 tahun.. Perghhh.. nampak cam simple je asam pedas nenek aku ni tapi sedap sungguh, memang lain la dari asam pedas yang pernah aku makan sebelum ni.. ikan cencaru je pun kann.. bukan ikan hi-class2 hok mahal pun.. tapi memang air tangan orang tua memang sedap.. aku tengok nenek aku masak campak2 je pun..

 Ni la rupe parasnye asam pedas nenek aku, nampak simple, tapi sedap.

Nenek aku siap watkan kopi panas untuk makan ngan nasik. Laki aku pon kata sedap jugak asam pedas ni..


Keesokkan harinya, aku sekeluarga dan mak aku ke Pasar Basah Jalan Ibrahim, biasa la beli lauk untuk stok nenek aku, kendian baru kami ke Pasar Karat yang terletak berhampiran dengan Pasar Basah Jalan Ibrahim ni.. Banyak barang-barang terpakai masih elok sekiranya mahu membeli.. Kena pandai pilih jugak la kan.. Mak aku belikan radio terpakai dengan harga RM20 untuk nenek aku sebab nak bagi dia dengar azan maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan nanti.. maklumlaa.. masjid agak jauh dengan rumah nenek aku tu.

So, ini adalah sekilas pandang Pasar Karat di Batu Pahat, Johor..

 Lepas beli lauk basah untuk dimasak tengahari nanti, kami singgah dulu makan nasi ambeng kat gerai tepi jalan. Tapi bagi aku, nasik ambeng pasar pagi Sungai Buloh paling sedap. Hehehe..

 Memang banyak nasi ambeng ni, sebungkus boleh makan 2 orang.. Aku kongsi ngan mak aku. Makan agak murah laa.. 3 bungkus nasi ambeng, 4 jenis air, kuih muih 6 bijik, rm12 sahaja..


 Barang2 terpakai dari Ikea.. kat sini boleh dapat 50% less dari harga sebenar.. Kalo pandai tawar menawar, sila la tawar lagi sampai puas hati.. Aku berkenan sungguh dengan meja merah 4 segi tu beserta kerusi 4 segi hijau dan biru tu, tapi fikir bonet pulak penuh.. esoknya aku datang balik, dah abis orang beli.. huuuu.. kiciwa.. aku dah membayangkan dah Adam dan Ahmad dok sama2 study kat meja tu.. hehehe.. takpela, takde rezeki aku kan..

 Ada buaian kanak-kanak, stroller, walker dll..


 Agak elok2 jugak barangan baby pre-loved ni.. baby bukan guna lama pun, mereka kan cepat membesar.. pakai sekejap lepas tu tak guna dah..

 Lai..laii.. laiiii... mari beli kipas.. murah-murah saja..

 Hahaha.. sauk jaring pun ada jual.. sumua ada kat sini..

 Rumah hamster..

 Sterika pon ada.. aku ada beli se iron steam easy glide jenama Philips (Azur).. boleh la nak bawak gi Melaka nanti..



 Madu asli..


 Senduk kayu nibung, 3 = RM10

Kipas berdiri, kipas duduk, kipas bersila.. sumua ada..

No comments:

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...