Wednesday, August 6

Happy 6 Years Anniversaries!!

Alhamdulillah dah genap 6 tahun aku bernikah dengan Yincik Fardy Hisham pada 01 Ogos 2014 yang lalu. Hari yang sama juga anak buah aku, Muhammad Raef Muiz lahir.. So Raef, nanti kita potong kek sama2 ya? Aku cuma nak repost balik kenangan manis 6 tahun yang lepas.. Refresh balik old good memories, dan aku akui, perasaan ini masih sama dan tidak pernah sedetik pun berubah walaupun sejauh mana kita berada, walaupun jarang bersua, hati tetap rasa berdebar-debar bila setiap kali berjumpa.

As long as heart beats.
As long as time exists.
Love will persists. 

Still remember he wrote to me this quote. And until now I still believed in it. 
" Aku kenal si dia pada tahun 2000 masa zaman aku blaja2 dulu. Dia senior aku. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Proses kenal-mengenali mengambil masa yang agak lama memandangkan kami ni long distance couple. Tahun lepas dia memberi kejutan dengan menyatakan dia ingin membawa keluarganya merisik dan seterusnya meminang diriku. Aku memang terkejut (dalam hati gembira gilerrrr). Ye la, sesiapa yang sedang bercinta sudah tentu mahu menyemai bahagia sehingga ke jinjang pelamin. Begitu juga dengan diriku.

Majlis merisik pada 11 November 2007

Tanggal 1 Januari 2008, secara rasminya aku menjadi tunang dia. Tempoh bertunang ditetapkan selama 8 bulan. Mula dari tarikh ni aku dah mula membuat persiapan baik dari segi survey barang-barang hantaran, pergi kursus kahwin, check HIV test, bunga telur, buat cenderahati untuk para tetamu seperti lilin, hiasan daripada senduk kayu, kerepek, potpori dan juga kerongsang serta kain pelekat untuk para penanggah dan pelbagai lagi aspek yang perlu di ambil kira. Duit? Ye.. Orang nak kawin memang pakai banyak duit.. Memang tidak dapat dinafikan.
Bakal mak mentua sarungkan cincin tunang - 1 Januari 2008 
Majlis Pertunangan 
Cincin tunang  
Bulan Februari aku bersama adik aku dah mula buat persiapan untuk majlis perkahwinan sampailah saat-saat terakhir aku nak dinikahkan. Debaran semakin kian terasa, dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Beli senduk kayu, lekatkan dengan rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji ketumbar, cengkih, jintan dengan gam pistol tu, kendian varnish. Sebagai cenderahati unik untuk diberikan kepada para tetamu (simbolik : rencah hidup alam berumahtangga)

Door gift untuk para tetamu  
Persiapan terakhir 
Bunga telur 
Malam 1 Ogos 2008, sah aku menjadi isteri si dia dengan sekali lafaz. Hilang sudah debaran di dalam hati, rasa lega dan bahagia tak terungkap. Aku tak tahu macamana nak ceritakan perasaan aku masa itu. Pengalaman paling bermakna seumur hidup aku. 
Aku dan kak ngah aku. 
Saat2 terakhir aku single 
Menanti rombongan si dia datang.

Majlis akad nikah 
Esoknya 2 Ogos 2008, kenduri dan bersanding. Letih jadi Raja Sehari ni sebenarnya. Tapi seronok! Heheheh..
Pose suami isteri 
Pose suami isteri jugak 
3 Ogos 2008, pagi keesokkan harinya.. upacara membuka hadiah. Macam-macam hadiah yang kami dapat. Antaranya stovequiltblendernon-stick pan, kipas, mineral water dispenser, coffee maker, juice extractor & etc..etc..

Antara hadiah2 yang kami dapat 
Suamiku yang ceria di pagi hari.. lalalalalaaaa 
Macam-macam ada... 
Petang 3 Ogos tu kami ke Cherating untuk berbulan madu. Jalan-jalan tepi pantai, tengok matahari terbenam.. 
Sunsets.. 
Aku bertuah bertemu dengan si dia. Aku bebas berkongsi cerita, masalah, suka dan duka bersama dia hatta perkara yang remeh temeh sekali pun. Walaupun hanya bercerita mengenai ayam jantan di tepi jalan ataupun mengapa harga bawang merah berbeza antara Carrefour dan Giant. Kerana kami menjadi diri kami sendiri dan jujur antara satu sama lain. Dan kerana kami saling bertolak ansur dan menyintai apa yang ada di dalam diri masing-masing. Selagi jasad ini masih bernyawa, aku pasti, dalam masa 10, 15 tahun akan datang, aku akan buka dan baca balik entry ini untuk mengingatkan kembali kisah-kisah indah yang berlaku antara aku dan si dia, cinta hatiku."

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...