Posts

Showing posts from September, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. Selamat Hari Merdeka 57 Tahun

Image
Serius, ni lah satu-satunya tagline merdeka yang unik dan aku suka. Lagu dia pon bes gak, takla terlalu "tipikal patriotik" sangat macam sebelum-sebelumnya. Sangat catchy dan sedap didengar. Liriknya juga tak lari dari cintakan negara dan memaparkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Apa yang nak aku cerita kali ni mengenai abah aku masuk perarakan Hari Kebangsaan kat Jalan Mahkota, Kuantan.. Biasa la kan.. berarak dalam perbarisan bekas / veteren polis. Abah aku dah 62 tahun, Alhamdulillah masih leh  tahan berpanas dan berpeluh ketika menyertai perbarisan.
Aku dan suami tak dapat join sebab aku ada event kat rumah, so anak aku si Adam Fahri ikut la sepupu dia  Piah dan Syifa bersama Mama Lily dan Ankel Arif. Ini 1st taim si Adam Fahri tengok perbarisan, nak2 pulak dengan sepupu dia yang sebaya tu, memang suka sangat la bebudak ni.. ada bendera Malaysia kecik2 tu.. sampai ke rumah pon dia dok laung "Merdeka! Merdeka!"..  
 Nur Adlina Sufiyah, Nur Zara Asyifa …

Adam Fahri cabut gigi

Image
Semenjak dua menjak ni banyak post pasal anak aku yang sulung si Adam Fahri ni. Biasak la kan.. si abang ni banyak ragam sket berbanding adik.  Akhir tahun lepas gigi si abang ni dah mula serpih disebabkan terjatuh dari katil masa banjir dulu.. Tapi masa tu tak goyang lagi la kan.. kali kedua pulak dia terjatuh dari basikal dalam rumah sebab main "drift" konar tak hengat punye.. Apa lagi, gigi yang memang dah serpih tu start la bergoyang.. 
So, suami aku amek cuti dan bawa Adam Fahri ke Klinik Pergigian Kerajaan sebab aku tau, kanak-kanak 12 tahun ke bawah percuma sahaja rawatannya. Lagipun memang tak ramai orang sangat kat bahagian pergigian ni.. bahagian pesakit luar ngan ibu mengandung memang champion la.. sentiasa full seats. Aku kalo kena jumpa doktor taim mengandung dulu takkan kurang 2 jam menunggu.. tapi standard la tu kan.. orang ramai dan rawatan percuma kan..


Bila da cabut gigi ni senang la sikit Adam Fahri nak makan, nak minum.. takla asyik terlanggar gigi yang …