Posts

Showing posts from November, 2014

Jalan-Jalan Jumpa Bini Bahagian Dua

Image
22 Oktober 2014. Hari ni hari cuti Deepavali. Alhamdulillah cuaca baik.. seronok ada cahaya matahari menyinari.. Pagi-pagi dah siap sidai baju. Plan hari ni nak bawak anak mandi air kolam kat Bayou LagoonBukit Katil, Melaka. Bayou Lagoon ni kira macam hotel apartment waterpark laa.. ada 2 villa iaitu Amari dan Tahiti. Tapi aku tak stay apartment dia pon sebab rumah dekat je kan.. datang untuk main waterpark jela. Dari minggu lepas lagi aku dah beli pelampung itik 2 ekor. Siap dah survey harga tiket dan jalan ke waterpark tu beberapa hari sebelum. 
So, dalam 8.30 pagi dah siap gerak dari rumah, singgah brekfas dulu kat Ayer Keroh then sambung perjalanan ke Bukit Katil. Waterpark start pukul 9.30pagi, saja nak sampai awal sebab hari ni hari cuti umum, orang mesti ramai punyalahh.. Sampai-sampai je anak-anak aku memang dah excited giler. Tak sabar nak main air kolam, main gelongsor air dan lain-lain.
Tiket untuk dewasa per entry RM20, kanak-kanak tinggi lebih 3'  RM15. Safety locker

Jalan-Jalan Jumpa Bini Bahagian Satu

Image
Suami aku cuti seminggu dari 18 hingga 26 Oktober. Itu dah termasuk cuti umum Deepavali, cuti besday Sultan Pahang dan carry backward Cuti Awal Muharam. Dia cuma amek AL (annual leave) untuk 2 hari saja. So, dah dapat seminggu cuti.
Aku tak plan banyak benda sempena laki dan anak-anak aku ada kat Melaka untuk sepanjang minggu ni memandangkan aku still bekerja dan tak amek cuti.. Kebetulan minggu tu aku kene keja luar, so memang tak dapat la nak bercuti-cutian, bermalas-malasan dengan family..
Namun pada hari jadi Adam Fahri yang ke 5 tahun pada 21 Oktober lepas, malam tu aku bawa family naik Menara Taming Sari. Menara ni setinggi 110 meter dan boleh berpusing di atas menara selama 7 minit. Ianya berdekatan dengan Dataran Pahlawan dan bertentangan dengan Mahkota Parade. Kalo tak silap aku tiket untuk 4 orang pada malam tu RM45, dapat la percuma fridge magnet 4 ketul dan 2 lolipop bulat leper tu.

 Da beli tiket beratur dulu ikut turn
 Abam Taming Sari wipe dulu tingkap menara disebabka…