Thursday, December 11

How To Raise A HAPPY, SUCCESSFUL AND COOPERATIVE Child

Yes.. I do have 2 superheroes at home. It's quite challenging for must I say.. Dalam sehari tidak kurang 5 kali diorang akan berebut barang yang sama pastu dua-dua menangis serentak.. Ohye, skrin IPad aku dah retak menjalar sana sini.. Itu sebagai tanda bukti perebutan barang dua orang adik beradik. Abis tu takkan la aku nak pau 1 lagi IPad kat laki aku kan.. Apa aku ingat laki aku ni cop duit ke apa.. Perghhhh.. aku ni dulu yang jarang high tone sekarang dah pandai menggunakan getaran vokal peti suara kepada tahap yang lebih up sikit kat bebudak dua orang ni.. Yelahh.. taim anak sorang dulu takde kawan nak buat bergaduh kan.. Taim dah ada anak dua ni perkataan "JANGANNNNN!!!" tu almost digunakan laa... Contoh, "Adam! JANGAN pukul adik!!", "Ahmaddd!!! JANGAN gigit abang!!!", "Abang!! JANGAN buat bising, adik nak tidoo" dan macam-macam lagi la contoh yang korang boleh pikir sendiri.. So.. ini ada satu illustrasi info grafik yang sangat membantu la bagi parents macam aku ni.. Apa lagi, baca, kenalpasti dan buat!


So, apa yang aku boleh simpulkan tentang sifat dan tingkah laku anak-anak aku dua orang nih adalah..

  • Adam Fahri kategori TYPE 2 (The Sensitive Child)
  • Ahmad Zikri kategori TYPE 1 (The Fun Loving Child)
Biasanya Adam Fahri memang manja, pantang silap sikit nangis, tersilap letak kicap dalam nasik pon leh nangis.. tapi memang pendekatan aku buat kat abang Adam ni selalunya peluk dia, cium pipi dia, usap kepala dia.. baru dia cool off.. kalo aku marah-marah kat Adam ni memang dia akan "naik syeh" dua kali ganda arr..

Ahmad Zikri kategori budak yang "happy" laa.. tahan sakit pon ye juga.. kaki dah berjahit pon cool lagi.. selalu buat orang ketawa ngan keletah dia tu.. so, nak pujuk dia ni senang sket.. ajak main basikal ke, tengok ibu kucen yang baru beranak kat tepi pintu dapur umah mak aku tu ke.. bawak gi kedai beli jajan ke.. pastu ok tak nangis daa..

Oraittt... jumpa lagi dlm post akan datang (entah bila tatau laa.. aku ni ikut mood) tatatititutu....

Tuesday, December 9

Hari Sabtu Main Bubbles

Kadang-kadang rasa cam hampeh gak title-title post dalam blog aku nih.. "Hari Sabtu Main Bubbles" laa.. "Jalan-Jalan Jumpa Bini" laa.. "Apple Pie Syiok Sendiri Ooooo" laa dan macam-macam la..Aku ni jenis pesen kalo dah menaip tu ikut apa aje hok terlintas di fikiran.. tak kisah pon pasal tatabahasa ke, penggunaan kata kerja transitif dan tak transitif ke.. ayat tunggang langgang ke.. asal sedap je jari jemari Sallyyyyy menaip kan..  

Oraittt... berbalik kepada tajuk di atas yakni Hari Sabtu Main Bubbles. Kenapa hari Sabtu? Kenapa tak hari Ahad? Kenapa tak hari-hari lain? Hari-Mau barang kali? Dah tentu hari Sabtu je aku full day bermalas-malasan dengan family aku.. Hari Ahad pas Asar aku mau cau balik Melaka dah. Nak fokus drive kete potong-potong lori lagi kat Lebuhraya Tun Abdul Razak (Jalan Kuantan - Segamat) tuh.. Kadang-kadang aku rasa giler adventure aku nih.. Tiap-tiap minggu drive long distance.. Ahhhhh.. ada aku kesah. Aku dah biasa dah pon.. Alah bisa tegal biasa kekdahnyee..

Huhh.. dah semakin merapu dah aku nie.. Fokus.. fokus.. ok.. kali nie aku nak bercerita mengenai Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan.. Taman ni memang makanan aku je ni memandangkan ianya terletak berhadapan dengan kompleks tempat aku kerja dulu.. Ni lah tempat aku berjoging zaman dahulu kala tapi kurusnya idak lah juge.. yg kurus lagi fit tu laki aku.. kalo dia rasa dia dah gumuk sket, mula la start joging keliling-keliling kampung. 

Banyak pembaharuan aktiviti di Taman Bandar ni, dulu sekadar ada trek joging, laman woodball dan taman permainan kanak-kanak. Tapi sekarang ni siap dah ada Air Boat, ada gerai-gerai jualan dan orang jual menda-menda bubbles tu.. Aku rasa pelopor main bubbles ni kat Setia City Convention Centre.. quite happening gak laa..

Oraitt.. bagi sesiapa yang mahu naik Air Boat kat Taman Bandar Kuantan ni, harganya RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak.. start jam 3 petang hingga 7 malam untuk weekdays dan  dari jam 10 pagi hingga 7 malam untuk weekends dan public holidays. Boleh la pusing-pusing tasik kat Taman Bandar tu kan..

Korang prasan tak hari ni aku banyak menaip. Ini menunjukkan kerja-kerja pejabat aku dah settle, report dah anta, statistik dah siap, slide presentation dah berehh.. Mesti korang sakit hati kan kena baca banyak-banyak.. so, meh aku belanja korang gamba sket.. Aku ni bab amek gamba memang meroyan la sket kan.. precious moments tu.. sok lusa takde dah moments macam ni.. anak-anak pon dah besar..
















 
Sebenarnye bubbles ni aku je yang banyak main... hehehe.. dua olang adik beradik tu bubbles popper je.. lari lari kejar bubbles.. Chomelll.. Seeing those two guys that came from you and your other half, make you wondering how amazingly life could be and thinking someone will take care of you when you getting old and weak.. Love your childs, unconditionally..

Monday, December 8

Jalan Jalan Jumpa Bini Last Part

Serius lama tak update blog.. Ni pon curi-curi masa jap. Hokeyyy.. last skali kami ke Masjid Cina, bersebelahan dengan Stadium Hang Jebat, Melaka.. Uniknye tentang masjid ini adalah kerana pembinaannya menyerupai tokong cina, siap ada pintu gerbang kaler merah tu.. Serius cantik dan pemandangannya mengadap padang hijau nan luas.. Angin memang kuat, tak payah pasang kipas pon takpe. Ni kalo pas solat, bersandar tepi tiang dalam masjid ni silap-silap boleh terlelap nih.. sedap sungguh angin bayuuuu membawa dirikuuuuu ~ ala-ala lagu feminin pulak la kan...

Kebetulan kami sampai sini seusai solat zuhur, so orang tak brapa ramai laa.. anak-anak aku yang 2 orang tu siap berlari-lari dari hujung kanan terus ke hujung kiri kawasan solat.. karpet tebal, baru dibina lak tu.. lagi sedap arr depa berlari-lari.. aku tangkap sorang, sorang lagi terlepas.. maklumlaa anak-anak hero kan, memang berasak la sana sini, ibu pulak berbadan sado, memang jauh ketinggalan la kalo nak mengejar dua orang adik beradik tu.. 

Jom layan gamba sket, kata curik-curik masa kan.. kena la taip sikit-sikit je.


 Ahah!! korang nampak tak aku anak beranak kat tembok nama tu? kalo nampak sah lulus tak payah pakai cermin mata.

 Ada Adam Fahri..

 Ada bapak budak, budak-budak dan budak lain nak masuk bergamba gak.

 Korang ingat senang ke nak maintain tangkap gamba macam ni? jap lagi si abang tu dah berlari ntah ke mana tau.. tu blom dia pi meraduk air kolam kat belakang tembok ni..

 Ahmad Zikri chomellll.. best friend ayah dia nih.. haa.. kan betol aku cakap.. Adam Fahri dah lari ntah ke mana la tu.. sah-sah gi meraduk kolam kat belakang tuh..

Anyway aku memang rasa seronok sangat diorang ni datang Melaka.. rasa cam havoc je rumah aku tu.. lenkali ayah, adam dan ahmad datang lagi eh melaka tengok ibu.. walaupun every weekends muka ibu ni ada je kat Kuantan sana tu.. never missed weekends without them! semangat ibu kuat tiap-tiap minggu ulang alik Kuantan Melaka.. Semuanya kerana mereka, "pemenuh rasa cinta, rindu dan bahagia jiwa hatiku" 

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...