Posts

Showing posts from 2015

Taekwon-Do & Convocation Day

Image
Bila anak dah nak tamat tadika ni.. macam-macam la aktiviti dia kan.. Adam Fahri pon sama tak terkecuali.. Final year (perghhhh.. macam dok Universiti lak kan..) pon terisi dengan "Grading Taekwondo to Yellow Belts" dan Majlis Graduasi tamat belajar la kiranya nihh...
Kita sebagai parents ni biasanya nak berikan apa jua yang kita rasanya terbaik dan memberi faedah kepada anak-anak.. Zaman aku dulu-dulu peluang macam ni payah nak dapat.. Taekwondo? Apa tu? Aku ni pergi kelas tuisyen pon tak penah, apatah lagi nak belajar Taekwondo kan.. dulu dok umah kena jaga adik-adik jela kan.. Haa gituu..
Masa aku kecik-kecik dulu taim tadika mak aku dah ajar adik beradik aku kemas rumah, masak nasik, jaga adik, basuh pinggan, kemas bilik tido, sapu lantai.. haishhh.. macam-macam lagi laa..tu nasib baik la tak kene pi carik kayu api sebab masa tu pakai dapur gas minyak tanah kan.. hahaha.. Tapi aku bersyukur mak aku dah ajar basic kehidupan untuk pengurusan diri. So, aku tak kekok sangat…

Adam Fahri 6th Years Last Part

Image
Yeyyyy... Mak Jemah ni memang suka bebenor kalo wat besday party.. Maklum laa.. besday aku sama Adam Fahri dan mak aku memang jatuh pada bulan Oktober.. Orang Oktober ni kebiasaannya free spirits, independence, balanced in life, love and career gitewww..
Tahun ni macam biasa laa.. panggil adik beradik balik, beli kek sket, masing-masing bawak pot luck and lets dig in! Untuk menyeronokkan hati dan perasaan budak budak nih, beli ler hadiah kici-kici sket bagi sorang satu, nothing expensive and fancy, boleh jadi cekak rambut ke.. pensil kaler ke.. diary ke.. ok ler tu kan.. kata sambut besday.. musti ada belon ngan hadiah dan kek!
Meh layan gamba meh.. Mak Jemah ni memang suka amek gamba banyak-banyak.. Nanti Adam Fahri dah besar leh tengok gamba besday dia yang ke 6 tahun.. Nanti bila Ibu hang ni dah tua, mata dah rabun, memang tak update dah la blog ni haa.. Ibu tak nampak dah haaa huruf-huruf kat keyboard ni haa..

Uiii.. macam-macam makanan ada.. spagetti bolognese, puding mangga sus…

Adam Fahri 6th Years Part 1

Image
Adam Fahri bin Fardy Hisham. Kini sudah berusia 6 tahun. 6 tahun tuuuu.. bukan satu tempoh masa yang pendek..Adam Fahri ni pengalaman pertama aku membesarkan anak bersama suami. Susah? Tidak dinafikan membesarkan anak sulung memang agak mencabar bagi aku dan suami sebab kami tiada pengalaman. Kami tak tahu apa nak buat sekiranya dia sakit atau demam atau memerap atau apa-apa jelah. Tu belum dia menangis sampai terbeliak mata, kembung perut, sembelit dan lain-lain. Nak pandai berjalan, demam. Nak tumbuh gigi, demam. Nak pandai bercakap, demam. Adam Fahri ni 12 bulan awal kehidupannya, tiap-tiap bulan demam. Doktor tu macam dah tak heran bila aku dan suami tiap-tiap bulan datang klinik untuk tempoh 1 tahun pertama.
Jaga anak kecil ni memang penat. Lebih-lebih lagi anak pertama. Bila dah ada anak seterusnya, menjaga anak menjadi lebih mudah sebab kita dah ada pengalaman membesarkan anak sulung. Bila Adam Fahri dah semakin besar ni, kehidupan aku menjadi lebih mudah dan seronok sebab ada…

Berkelah je kot...

Image
Berkelah je kot kan... ahahhaa.. memang ler nampak macam simple easy peasy activity, tapi bila tengok muka anak-anak korang, muka anak saudara korang, muka mak, adik beradik ipar duai, suami korang hepi giler senyum sengih tak abis-abis, it's PRICELESS!!!!
Baru-baru ni macam dah sangap sangat dok ghumah, tatau nak watpa, aku tengok tv, balik-balik tv tengok aku.. adik aku Lily anta whatsapp, "Jom pi piknik petang ni nak tak??" Aku pon tak pikir panjang trus kata jommm! Petang tu aku wat kuih apam gula hangus, air sirap sejuk ngan beli pizza dominos 2 keping. Adik aku Lily bawak karipap, nugget ngan teh o panas. Adik ipar aku yang baru kawen tu buatkan puding laici tapi sayang dia tak dapat join sekali. Banyak makanan dah ni.. Off we go! 
Resepi Apam Gula Hangus :-
1 cawan gula pasir 1 cawan air panas
*Gula dihanguskan dalam pan (better use non-stick pan), agak-agak dah cair coklat cantik, tutup api cepat-cepat. Jangan lama-lama nanti elok-elok dah jadi manis karamel dah…

Sukan Tadika Adam Fahri

Image
Punye le lama aku tak update blog. Dia punya mood tu tak mendatang. Bila taim tengah sebok punye le berkobar-kobar nak buat blog.. Bila taim manyak sinang tu mula la tengok Running Man laa.. main The Sims laa.. kebas-kebas jari main Cooking Fever laa.. Blog ni hanya terpinggir layu di persada sendu.. chewahh..
Orait.. bahan-bahan blog tu banyak ada, cuma malas nak update tu jela.. Hari ni aku mcm ada semangat sket, jari jemari Sally ni macam ada ringan sikit nak menaipkan..
22 Ogos 2015. Hari Sukan Adam Fahri kat Tadika Iktisas, IM 8, Kuantan, Pahang. Aku ni macam ibu-ibu, mak-mak lain laa.. kalo bab anak ni memang bersemangat. Budak-budak tadika kalo bersukan pon kira macam sukaneka la kan.. isi air dalam botol.. susun tin ikut kaler.. lumba lari.. baling bola pingpong dalam baldi.. macam gitu laa..
Mak aku seorang suri rumah dan adik beradik aku seramai 6 orang. Aku memang respect giler pada mana-mana wanita yang menjadi suri rumah ni. Diorang ni memang superbandmulti tasking. Bias…

Submarine@Malacca.. Alkisah kapal selam yang tak terselam

Image
Amacam? Macam bajet2 bagus kan title kat atas? "Alkisah kapal selam yang tak terselam" hahaha.. Ni butul-butul punye kapal selam.. tapi dok lepak atas darat la kan.. okehh.. kebetulan pamili aku datang Melaka sebab kazen aku dari Muar nak nikah kan.. so, sehari sebelum majlis kenduri, aku saje bawak diorang ni jenjalan kat Pantai Klebang taim petang-petang.. kebetulan ada la Muzium Kapal Selam kat area situ.. Yincik bos memang dah lama teringin nak gi.. kebetulan aku amek coti hari Jumaat, memang tak ramai orang la kan..
Kami naik MPV kakak aku jela kan.. senang satu kenderaan naik ramai-ramai. Sampai sana memang tak ramai orang sebab bukan waktu coti skola dan coti hujung minggu.. macam beh la sikit kan nak lepak lama-lama.. Ohye, lupe nak bagitau.. tiket dewasa RM3, kanak2 singgit kot.. Masa tu orang konter mood dia tengah baik kot.. tu dia kira hok dewasa je.. hok budak2 bagi masuk free aje..
Meh layan gamba meh.. Aku ni takde idea lak nak tulis banyak2.. maybe sebab lap…