Wednesday, April 29

Windscreenku retak alahaiiii.....

Kete kesayangan aku ni kategori agak berusia la jugak kan.. kiranya tahun ni umur dia 7 tahun.. Kalo ikutkan dia ni dah start masuk skola rendah dah nih. Aku namakan dia Gingeyy.. baik budaknya.. Alhamdulillah syukur pada Allah, setakat ni Gingeyy tak penah lagi la buat big problems.. setakat nakal-nakal ayam tu biasa laa.. stakat kemek sikit , calar, fog lamp pecah tu biasaaa... kata bawak kete untuk mencari sesuap nasik demi kelangsungan hidup yang penuh dengan GST ni.. huuuu...

Bila kita belajar hidup berdikari sendiri di negeri orang ni, secara automatiknya kita akan belajar untuk menyelesaikan sesuatu perkara sekiranya ada sesuatu yang berlaku. Sebagai contohnya, windscreen kete aku retak menjalar.. tetiba je retak.. alahaiii.. memang tak pandai la aku bab-bab macam ni.. kalo ikutkan hati mau je aku balik Kuantan suh Yincik Bos settlekan.. tapi makin lama makin memanjang lak dia menjalar.. aku ni dah la sokmo long distance beratus-ratus kilometer seminggu, nanti jadi makin teruk la plakk.. nak tak nak kene usaha dan pandai sendiri..

1st skali kene cek sama ada kete kita ada covered windscreen insurance tak.. Gingeyyy aku tiap-tiap tahun amek insuran windscreen.. Just tambah RM90, depa akan covered sampai RM600. Itu kalo kete Made in Malaysia macam aku la kan.. kalo kete Not Made in Malaysia lagi la tinggi kene bayar. Jadi tahun ke-7 ni baru la aku guna sebab sebelum ni aku tak penah tuka windscreen lagi..

Kendian aku gi tanya la kat Dr.Cermin, depa kata kalo tuka baru, kene tambah lagi RM100... Tak perlu dokumen apa sangat.. just nak tau insurans covered atau tak.. Oooo.. okey.. insurans cover sampai RM600, pastu kene tambah lagi RM100 untuk tuka baru.. Tapi tu aku tak pasti original part ke.. cap ayam part ke.. single layer ke.. double or triple layer ke kan.. hmmmm... info kat Dr. Cermin dah dapat, aku gi survey pulak kat Proton Servis Autocity Melaka.. ni memang genuine punye pusat servis untuk proton la.. aku buat major servis pon kat sini sebab senang dekat dengan opis satu hal, pastu kalo nak guna kete tu untuk jangka masa lama kene la guna genuine part, amek minyak enjin kualiti sket macam aku sokmo guna fully synthetic dan lain-lain laa... Ok, back to story, Proton Servis Autocity kata kalo kat Melaka ni hanya ada 1 tempat je untuk ganti part akibat kemalangan ke, tukar apa-apa la yang rosak... iaitu GT One Proton Authorized Dealer. Kiranya macam bengkel la kat sini kan.. kat area Krubong.. ehhh.. dekat la pulak dengan rumah aku.. GT One Proton Authorized Dealer ni tak jauh dari Stadium Hang Jebat... call tanya apa dokumen diperlukan untuk tukar Windsreen baru yang retak tu kan...

So, ini yang diperlukan:-
  • Salinan Repot Polis
  • Cover Note Insurans untuk Windscreen
  • Salinan Geran Owner terkini kereta tu
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu   
Dan paling best, dah le dapat windscreen genuine part, memang standard kuar kilang proton punya, pastu tak payah bayar sesen pon, sumua insurans dah cover.. aikkk.. camna Dr. Cermin suh tambah lagi RM100 haa.. hmmmmmm...

Wahhh.. banyak juga dokumen nak kene cari ni, seb baek cover note memang aku pegang, aku pon tak tunggu lama terus buat repot polis, telefon Ambank Yap Kwan Seng, KL suh faks kan salinan geran kete kat opis aku (aku sengaja tak amek geran ori kete aku sebab umah aku kat Kuantan tu sokmo banjir kan.. biar je dia dok diam-diam kat bank tu dulu) dan buat salinan IC dan lesen memandu.. Esoknya terus aku hantar kete aku ke GT One Proton Authorized Dealer ni.. aku hantar taim rehat tengahari, balik keje pukul 5 petang tu dah siap dah.. Alhamdulillah.. baru la hati rasa lega sket kan kalo nak drive long distance ni..

So, ilmu pasal tatacara dan prosedur menukar Windscreen dan blajar, kene la save dalam blog untuk future reference dan juga untuk anonymous reader mengetahui apakah dokumen yang diperlukan untuk claim windscreen :-)
 Pada asalnya crack tu sikit je, tapi bila parking tempat panas, makin meninggi pulak dia menjalar.. ehh.. takleh jadi ni..

Tengahari trus bawak kete sampai sini.. mengagau jugak la cari tempat ni..

 Proton Authorized Dealer for Collision Repair - Accident Claim, Krubung Industrial Park, Malacca

 Alhamdulillah.. syukur pada Allah dah dapat windscreen baru.. pasni kene hati-hati.. tahun ni dah claim windscreen.. akhir tahun ni masa nak renew roadtax & insurance kene le cover balik windscreen ni..

 Kalo windscreen original memang kene ada logo Proton ni.. 

Sealant baru.. Ohye, bila kita dah tuka windscreen baru, dalam masa seminggu tak boleh basuh kereta, tak boleh tinted dan tak boleh kene sabun la pendek kata.. nanti sealant dia kurang efektif kott.. ni kata orang Proton tu la ye..

Wednesday, April 8

Ceritera Kedua: Susu Badam ~Rasa Cinta Pandang Pertama~

Susu Badam.. aku tatau la kat tempat lain ada atau tak, tapi kat Restoren Kapitan, Lebuh Chulia, Penang memang signature drink kat sini selain makanan dia yang sedap-sedap belaka tu. Aku dengar al-kisah Susu Badam ni lebih kurang 2 tahun lepas.. Tahun lepas aku pergi restoren kapitan order la susu badam, tapi depa kata susu badam hanya dijual pada waktu malam saja.. So, tahun ni, memang niat nak rasa susu badam tu memang sanggup booked hotel room 1 night semata-mata nak gi rasa susu badam pada waktu malam.. Chewahhh.. takdelah.. memang banyak agenda pon bila sampai di Penang.. susu badam hanya salah satu agendanya saja..

Lepas solat siap-siap.. pukul 8 malam kami terus bergerak ke Restoren Kapitan. Tak jauh pon dari Hotel Armenian tempat kami menginap.. tak sampai 5km je pon.. Bila pergi taim malam ni terasa la sejuk dan nyaman sket, kalo siang memang terasa panas dan bahangnya. Pelanggan agak ramai, kami dapat meja hujung-hujung je pon.. tak tunggu lama terus aku order Susu Badam. Punya semangat ni nak rasa apa la sedap sangat Susu Badam neh sampai member dari Penang pon rekomen suh rasa Susu Badam Kapitan.

Pastu Yincik Bos order la Nasi Beriyani Kambing Claypot, aku order macam biasa la.. Roti Nan Cheese Ayam Tandoori dan budak2 makan roti canai.. Adam Fahri siap mintak tambah lagi sekeping roti canai. Sampai je Susu Badam, terus aku rasa.. hmmmm.. rasa memang unik la bagi aku.. macamana nak describe ehh.. Macam susu lembu segar dimasak dengan halia, ada hirisan badam, ada gajus sket, ada macam buah anggur tapi kecil-kecil.. nak kata kismis bukan juga.. pastu macam ada selaput susu tu kot.. pastu minum lagi.. Ehhh.. nape makin sedap nih?? kene pulak la dengan selera aku.. tengah asyik hirup sket2, Yincik Bos pon mintak nak rasa.. hohhh.. dia rasa pon dah setengah gelas dia menom..

Ibaratnya macam rasa cinta pandang pertama gitu.. next time kalo aku gi sini, aku mesti akan order Susu Badam!

Inilah rupa Susu Badam.. Memang sedap sebab ianya suam-suam panas, ada pelbagai isi la dalamnya.. Kaler kuning2 cair sikit. Secara ringkasnya, ianya merupakan susu halia dengan buah dan kekacang..

Serius lepas aku menom susu ni segelas, tetiba mata aku layu je sedap nak tido.. macam bantal dah panggil-panggil je suh landing.. yelah, warm milk equal to good sleep. Rasa perut dah kenyang je..

 Roti Nan Cheese Ayam Tandoori.. My favourite. Sos merah agak manis, kuah hijau pudina, kuah dal, limau sehiris dan bawang.. aku suka bawang banyak2 neh..

 Yincik Bos join rasa skali. Dia pon kata sedap.

 Dah-dah la rasa tu bang.. tinggal le ke kita sikit.. kalo nak gi order yang lain..

Ini laki aku punya order, Nasi Beriyani Kambing Claypot.. Ni dia boleh habis makan sorang.. Nasinya lembut dan tidak kering, a bit spicy cuma dia kata kambing tu sikit sangat.. Tak puas makan le teww.. Anyway, thumbs up to Restoren Kapitan!

Tuesday, April 7

Ceritera Pertama : Candle Pit Stop

Candle Pit Stop adalah benda baru yang kami jumpa.. Kiranya aku sama Yincik Bos tak penah lagi la jumpa lilin berbentuk waxbitz nih.. Lalu sebelah kiosk pon dah berbau harum, nyaman dan aromatik.. Tetiba je Yincik Bos berhenti dan singgah kat kiosk nih.. Aku pon tengok apa benda le yang menarik perhatian Yincik Bos.. lilin berbentuk bintil-bintil kecil pelbagai kaler dan wangi.. Kalo bakar lelilin ni lagi le mewangi.. fuhhh.. rasa tenang pastu macam nak masuk tido je...

Abis semua jenis sample waxbitz aku bau.. biji kopi digunakan sebagai neutralizer.. which mean every candle waxbitz that you smelled, selang selikan dengan bau biji kopi nih.. baru la hidung kita lebih peka dengan bau yang baru.

Candle Pit Stop ni terletak di Aras Bawah IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, PJ.. betol2 dalam bangunan yang sama dengan Ikea.. So guys, sampai sana jangan lupa singgah kiosk ni bawak balik sket lelilin mewangi ni.. :-)

 Ada pelbagai jenis haruman aromatik waxbitz nih.. boleh pilih dan campur mana yang kita suka..

 So, leh letak dalam balang kaca, sambil2 buat dekorasi rumah, sambil2 bau wanginya aromaterapi.. 

Ni la rupa kiosknye..

Macam ada 10 jenis haruman basic waxbitz, dari sea breeze sampailah kepada bau sweet strawberry.. pastu bila campur2 gandingan bau ni, terhasil la haruman yang unik. Contohnya bau "Made in USA" lebih kepada lembut dan sedatif, manakala bau "Ben 10" lebih kepada bau manis-manis chewing gum gitu..

Inilah rupa candle waxbitz..  Yincik Bos kata pilih laa mana yang aku suka baunya.. pilih punya pilih last2 aku amek Vanilla.. kenapa Vanilla? Entah laa.. aku suka eskrim vanilla kot..

 Testing.. testingg.. baru amek sikit dah 1 bilik bau harum Vanilla.. ada bau oren2 sket.. Ohye, sepeket 100gm berharga RM12.50.. Cawan tu aku beli kat Ikea.. kata sebelah je kan..

Padam lampu bilik.. bagi suasana nyaman-nyaman mewangi romantik gitewww.. ahahhaha.. ceyyyyy :-)

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...