Posts

Showing posts from July, 2015

Selamat Pengantin Baru Akim dan Ainaa

Image
Seusai saja pulang dari utara setelah menyambut lebaran bersama mentua, aku terus sambung cuti sehingga 10 Syawal... kelam kabut membuat persiapan perkahwinan adik bongsu aku a.k.a akim / acu. Tapi banyak perkara dah settle sebenarnya, katering dah confirm, tunggu hari je, wedding planner pon bagus, sentiasa bekerjasama, kunci dewan dah dapat, orang khemah sama meja & kerusi pom dah settle.. buat masa ni tunggu hari akad nikah je 8 Syawal dan majlis resepsi 9 Syawal.. cuma doorgift je masih belom settle..
Hubungan aku dengan adik beradik memang rapat. Kiranya acu ni memang adik bongsu kesayangan laa.. Aku ada 6 beradik, tapi kini tinggal 5 orang sebab abang aku yang sulung meninggal dunia kerana masalah usus pada usia 32 tahun pada tahun 2007. Acu ni slalu menyakat anak-anak aku, perangai macam budak-budak pon ada, pandai mengambil hati mak dan abah aku. Acu ni dari kecik sampai ke besar memang jarang la menimbulkan masalah, tak penah le aku dengar abah aku kena panggil ngan cikg…

Satu Hari di Hari Rayaaaa... Syukuri Nikmat Syawal 1436H

Image
Alhamdulillah.. Syukur padaMu Ya Allah.. kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang. Kali ni Pasukan Rumah Kuantan bersiaran terus dari utara.. Secara jujurnya ni kali kedua aku beraya dengan keluarga mentuaku, setelah acap kali tak dapat beraya dengan depa. Banyak faktor yang membuatkan aku tak dapat beraya dengan depa, antaranya aku sarat mengandung laa.. Yincik Bos kene stand by kerja laa.. dan macam-macam lagi laa.. Kebanyakkan masa bila aku pulang ke kampung mentua adalah pada hari yang bukan jatuh pada bulan Syawal.. So, berperjalanan kali ini rasa excited sebab macam dah bertahun-tahun aku tak dapat beraya dengan mentua.. Suasana raya di utara tu rasa lain mungkin aku dah terbiasa sambut lebaran di pantai timur dan juga di kampung mak & ayah aku di Batu Pahat, Johor..
Sehari sebelum raya mak mentua aku dah buat list nak beli barang keperluan raya dan dah memikir apa nak masak pada malam raya nanti. Dia pon rasa seronok nak masa…

Raikan Ramadhan dan Syukuri Syawal 1436H

Alhamdulillah.... syukur pada Allah S.W.T kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.. Ramadhan 1436H sudah pun berlalu pergi, kini Syawal menjengah tiba. Mood nak memblog tu dah tiba namun masih lagi dalam mengumpul material dan cerita. Dengan Izin Allah bila material dah siap semua nanti, aku akan start memblog dengan gigih dan jayanya.. Chewahh!!!
Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers yang membaca blog ni, Selamat Hari Jadi untuk geng bulan Julai 2015 for my familia iaitu:-  Kak Ngah (3rd July) Akim (5th July) Luqman (12th July) Maktok (17th July) Lily (19th July) Iqa (20th July)Abah (27th July) Semoga Allah SWT memberi RahmatNYA, MaghfirahNYA dan KeredhaanNYA kepada kalian sumua sama ada di dunia mahupun di akhirat.. 
Untuk My SIL, Mardyahwati, semoga selamat bersalin dan dipermudahkan segala-galanya.. Aminn..
Selamat Pengantin Baru buat Akim dan Ainaa, Alhamdulillah sumuanya berjalan dengan lancar kerana izin Allah…