Monday, September 21

Submarine@Malacca.. Alkisah kapal selam yang tak terselam

Amacam? Macam bajet2 bagus kan title kat atas? "Alkisah kapal selam yang tak terselam" hahaha.. Ni butul-butul punye kapal selam.. tapi dok lepak atas darat la kan.. okehh.. kebetulan pamili aku datang Melaka sebab kazen aku dari Muar nak nikah kan.. so, sehari sebelum majlis kenduri, aku saje bawak diorang ni jenjalan kat Pantai Klebang taim petang-petang.. kebetulan ada la Muzium Kapal Selam kat area situ.. Yincik bos memang dah lama teringin nak gi.. kebetulan aku amek coti hari Jumaat, memang tak ramai orang la kan..

Kami naik MPV kakak aku jela kan.. senang satu kenderaan naik ramai-ramai. Sampai sana memang tak ramai orang sebab bukan waktu coti skola dan coti hujung minggu.. macam beh la sikit kan nak lepak lama-lama.. Ohye, lupe nak bagitau.. tiket dewasa RM3, kanak2 singgit kot.. Masa tu orang konter mood dia tengah baik kot.. tu dia kira hok dewasa je.. hok budak2 bagi masuk free aje..

Meh layan gamba meh.. Aku ni takde idea lak nak tulis banyak2.. maybe sebab lapar nak makan nasik kot.. huahuahuaaaa.. 

Dah macam naik bas mini dah aku nengoknye ni haa.. seb baek muat belaka2..

Yelah abam adam.. pakai laa.. nanti pulang balik kat kakak yamen ehh..

Amek gamba dulu seblom masuk kapal tak selam..

Macam pandai je Ahmad baca kan.. kenmain tekun mak ngan kak ngah aku nengok gamba

Haa.. kapal tak terselam ni dulu-dulu canggih dan hebak tau.. ada pelancar torpedo, misil ngan piuk api..

Kapal selam kan sempit.. sebab tu askar-askar kene kuruih.. leh lari2 kat lorong ni..

Ni ruangan bilik tido untuk askar2 TLDM kita dolu..

Ni dia punye "ibu" untuk kapal selam la ni.. takde ni takleh gerak..

Meh amek gamba meh.. bila lagi nak tengok dalam kapal selam kan.. taim dia dah jadi muzium baru la kita leh gi..

Ni bukan mamat askar sebenar okeyy.. Ni patung semata-mata.. Kalo masuk muzium kapal selam taim malam-malam mau berderau juga darah tengok2 ada mamat macam ni tgh wat kijer cek-cek meter.. Seb baek depa bukak taim siang je..

Keratan rentas submarine

Yincik bos ngan lambang TLDM. Kalo aku bawak bapak mentua aku jalan sini musti dia suka sebab dia pon geng2 tentera dulu kan.. cuma FIL aku ni geng TUDM..

Ayah dan Ahmad berpisah tiada

Ahmad sama Atuk Ohsemm.. ehh.. Atuk Osen..




Kat luar panas amat, kat dalam sejuk sebab depa pasang ekon kan.. cian dia dah karat2.. yelaa.. kamu ni macam ikan la jugak kan.. idup dalam laut, dok luar kusam lerr..

Bahagian belakang

Besar okeyyyy mende alah ni..

Lantai bawah kapal selam yang dah tak terselam.. Amek la gamba sekali kan.. Leh jadi model iklan deodorant Axe For Men nih..

Pastu bawak pulak bebudak ni kat Dataran 1Malaysia Klebang.. leh main air pancut for freeeee.. Taim2 panas ni memang sedap ler main air

Anak aku dua orang tu tengah basuh lantai ke apa..

Abam Hadi pon tak ketinggalan gak nak mandi kat ekor ikan ..

Abah aku a.k.a Atuk Osen nengok dari jauh.. Takkan nak join la plak kan.. kang orang kata buang tebiat ke apa pakcik tu..

Sementara tak ramai orang ni leh main puas2 ehh.. Lenkali kita leh datang lagi

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...