Saturday, November 21

Adam Fahri 6th Years Last Part

Yeyyyy... Mak Jemah ni memang suka bebenor kalo wat besday party.. Maklum laa.. besday aku sama Adam Fahri dan mak aku memang jatuh pada bulan Oktober.. Orang Oktober ni kebiasaannya free spirits, independence, balanced in life, love and career gitewww..

Tahun ni macam biasa laa.. panggil adik beradik balik, beli kek sket, masing-masing bawak pot luck and lets dig in! Untuk menyeronokkan hati dan perasaan budak budak nih, beli ler hadiah kici-kici sket bagi sorang satu, nothing expensive and fancy, boleh jadi cekak rambut ke.. pensil kaler ke.. diary ke.. ok ler tu kan.. kata sambut besday.. musti ada belon ngan hadiah dan kek!

Meh layan gamba meh.. Mak Jemah ni memang suka amek gamba banyak-banyak.. Nanti Adam Fahri dah besar leh tengok gamba besday dia yang ke 6 tahun.. Nanti bila Ibu hang ni dah tua, mata dah rabun, memang tak update dah la blog ni haa.. Ibu tak nampak dah haaa huruf-huruf kat keyboard ni haa..


Uiii.. macam-macam makanan ada.. spagetti bolognese, puding mangga susu tabur kismis, mangga asam boi pedas, nugget ayam, sandwich ham with cheese, cheese cake and mango cake dan macam-macam laa..

Adam Fahri yeyyy..

Atek belatek polompuan sama anak masing-masing


 Standard kalo besday musti buat kat umah nenek Adam Fahri

 Besday boy menunggu dengan penuh sabar

 Tima kasih mimin bagi mummy adiah besday! Tak sangka dah tua pon dapat adiah gak! Huhu

 Tengkiu mama bagi Ahmad adiah

 Mak bersama daughters and DIL.. 

 Hepi mimin dapat adiah dari mummy and ankel papadi yea..

 Hahaha.. suke bebenor mak aku a.k.a nenek dapat adiah.. 

Anyway petang tu pas abis makan-makan diorang pon balik la ke destinasi masing-masing.. Ada yang balik Damansara semula, ada yang balik Kertih.. yang balik Kemaman.. Tima kasih datang jauh-jauh semata-mata nak kumpul adik beradik! :-)

Wednesday, November 18

Adam Fahri 6th Years Part 1

Adam Fahri bin Fardy Hisham. Kini sudah berusia 6 tahun. 6 tahun tuuuu.. bukan satu tempoh masa yang pendek..Adam Fahri ni pengalaman pertama aku membesarkan anak bersama suami. Susah? Tidak dinafikan membesarkan anak sulung memang agak mencabar bagi aku dan suami sebab kami tiada pengalaman. Kami tak tahu apa nak buat sekiranya dia sakit atau demam atau memerap atau apa-apa jelah. Tu belum dia menangis sampai terbeliak mata, kembung perut, sembelit dan lain-lain. Nak pandai berjalan, demam. Nak tumbuh gigi, demam. Nak pandai bercakap, demam. Adam Fahri ni 12 bulan awal kehidupannya, tiap-tiap bulan demam. Doktor tu macam dah tak heran bila aku dan suami tiap-tiap bulan datang klinik untuk tempoh 1 tahun pertama.

Jaga anak kecil ni memang penat. Lebih-lebih lagi anak pertama. Bila dah ada anak seterusnya, menjaga anak menjadi lebih mudah sebab kita dah ada pengalaman membesarkan anak sulung. Bila Adam Fahri dah semakin besar ni, kehidupan aku menjadi lebih mudah dan seronok sebab ada kawan yang boleh berlawan cakap, ada kawan yang boleh buat teman, ada kawan yang boleh disuruh-suruh, ada kawan yang boleh buat bermain, ada kawan yang boleh main kaler sama-sama.

Adam Fahri merupakan lambang kasih sayang yang jujur dan ikhlas antara kami suami isteri. Kehadiran dirinya sebagai kesinambungan legasi salasilah hidup untuk suatu masa yang akan datang.




Sunday, November 8

Berkelah je kot...

Berkelah je kot kan... ahahhaa.. memang ler nampak macam simple easy peasy activity, tapi bila tengok muka anak-anak korang, muka anak saudara korang, muka mak, adik beradik ipar duai, suami korang hepi giler senyum sengih tak abis-abis, it's PRICELESS!!!!

Baru-baru ni macam dah sangap sangat dok ghumah, tatau nak watpa, aku tengok tv, balik-balik tv tengok aku.. adik aku Lily anta whatsapp, "Jom pi piknik petang ni nak tak??" Aku pon tak pikir panjang trus kata jommm! Petang tu aku wat kuih apam gula hangus, air sirap sejuk ngan beli pizza dominos 2 keping. Adik aku Lily bawak karipap, nugget ngan teh o panas. Adik ipar aku yang baru kawen tu buatkan puding laici tapi sayang dia tak dapat join sekali. Banyak makanan dah ni.. Off we go! 

Resepi Apam Gula Hangus :-

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

*Gula dihanguskan dalam pan (better use non-stick pan), agak-agak dah cair coklat cantik, tutup api cepat-cepat. Jangan lama-lama nanti elok-elok dah jadi manis karamel dah jadi pahit pulop. Then, masukkan air panas 1 cawan tadi dalam pan (hati-hati sebab nanti gula jadi macam meletup-letup bila kene air panas) dan kacau sampai sumua gula sebati. Ketepikan bagi dia sejuk.

2 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan minyak masak

* Blender kesemua bahan di atas kecuali tepung dan soda bikarbonat. Bila dah sebati masukkan gula hangus dari pan tadi. Blend lagi. Pastu masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Biar dia dok rehat dalam blender tu 1 1/2 ke 2 jam. Pastu isi dalam acuan dan kukus dalam 15 ke 30 minit sampai masak. Yummy!




Kat Kuantan ni banyak pantai kalo nak pi.. Ada Pantai Sepat, Pantai Telok Chempedak, Pantai Batu Hitam, Pantai Balok, Pantai Cherating banyak lagi le.. Aku ni pergi Pantai Balok jela.. senang parking..

3 orang pengawas sedang menjalankan tanggungjawab keselamatan budak-budak 4 orang nih.. Ankel Papadi, Ankel Arep ngan Mama Lily..






 
 Si adik perati je dari jauh gelagat si abang sambil sengih-sengih








 
Aku macam biasak laa.. teman mak aku borak-borak, gosip-gosip.. sambil mulut nguyah2 karipap.. pastu sambung gosip lagi.. huahuahuaaa..

Wefie anak beranak lorr.. budak-budak mandi pantai

Pas penat bebudak ni mandi pantai, bilas air, tukar baju, piut dah lapar apa laei, makannnnnn

Mulut memasingggg... nyum nyumm

 
Pose ala-ala manja gitewwww... hahahha

Sunday, November 1

Sukan Tadika Adam Fahri

Punye le lama aku tak update blog. Dia punya mood tu tak mendatang. Bila taim tengah sebok punye le berkobar-kobar nak buat blog.. Bila taim manyak sinang tu mula la tengok Running Man laa.. main The Sims laa.. kebas-kebas jari main Cooking Fever laa.. Blog ni hanya terpinggir layu di persada sendu.. chewahh..

Orait.. bahan-bahan blog tu banyak ada, cuma malas nak update tu jela.. Hari ni aku mcm ada semangat sket, jari jemari Sally ni macam ada ringan sikit nak menaipkan..

22 Ogos 2015. Hari Sukan Adam Fahri kat Tadika Iktisas, IM 8, Kuantan, Pahang. Aku ni macam ibu-ibu, mak-mak lain laa.. kalo bab anak ni memang bersemangat. Budak-budak tadika kalo bersukan pon kira macam sukaneka la kan.. isi air dalam botol.. susun tin ikut kaler.. lumba lari.. baling bola pingpong dalam baldi.. macam gitu laa..

Mak aku seorang suri rumah dan adik beradik aku seramai 6 orang. Aku memang respect giler pada mana-mana wanita yang menjadi suri rumah ni. Diorang ni memang superb and multi tasking. Biasanya suri rumah ni memang bangun seawal pagi dan tido selewat malam.. Banyak nau kije yang nak settle. WAHM (Work At Home Mom) lagi le mencabar. Aku leh imagine sebelah tgn susukan baby dan sebelah tangan lagi menaip buat keje. Fuhhhh.. Kudos to all of them! Ibu yang bekerja macam aku ni biasanya ada masa "Me Time". Anak-anak kat taska dan tadika, dan si ibu ada masa untuk diri sendiri. What I'm trying to say is, walopon mak aku suri rumah, dia still ada masa pergi tengok hari sukan aku masa aku skola rendah dulu-dulu. Dan ianya membuatkan aku semangat walopon aku tak menang pape pingat taim tu kan.. So, I believe what goes around, comes around.. Bila anak-anak aku ada hari sukan atau apa-apa event aku tetap nak hadir. Lantak pi la menang ke tak menang, tapi yang penting kita sebagai parents kene ada bila anak-anak memerlukan.

 Seblom sukan makan roti duluuu..

Rumah Merah Juara pada tahun ini.. Actually aku ada video nak upload tapi size dia bagak besar dan suara aku pon macam kak ponti taim bagi semangat kat budak Adam nih, so, akan diusahakan kelak laa..

Thats true!! 

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...