Friday, January 8

Dating @ Kula Cakes by Lila Wadi

Ohhoiiii... dah lama aku tak dating berdua ngan yincik bos.. Selalu kalo berjalan atau beli barang-barang mesti berempat.. Tapi bila coti skola suda abis, dan abam adam dah masuk kelas darjah 1, si adiknya pula duduk kat taska baru untuk belajar dan bergaul bersama kawan-kawan, masa ni lah kami laki bini dapat lepak-lepak santai ye dok..

Kebetulan aku memang amek coti panjang laa.. dari cuti Maulidur Rasul 24 Disember 2015 hingga 10 Januari 2016.. Suami aku pon lebih kurang sama jugak la.. amek coti ni pon untuk uruskan anak darjah 1 nak masuk skolah rendah.. Banyak benda nak settlekan sebelum aku mula naik kerja semula..

Dikesempatan yang ada ni, taim anak tengah pergi kelas agama kafa pada sebelah petang, sementara nak tunggu abis kelas pukul 5.30ptg dan ahmad abis taska pon taim orang abis waktu kerja, aku dan yincik bos curik2 masa sket gi la berjalan kat 1 cafe ni, namanya Kula Cakes by Lila Wadi terletak di Jalan Besar berhadapan Esplanade Kuantan (Benteng lama). Dah lama nak rasa kek depa ni, asyik baca review kat internet je kan.. ada yang kata lagi sedap dari kek Secret Recipe, tapi tula, citarasa ni hak masing-masing kan. Tapi aku ni salah seorang yang bersetuju la ngan statement kat atas tu, aku lebih suka Kula Cakes kot dari Secret Recipe.. huahuahuaaaa..

Suasana di Kula Cakes ni lebih kepada serene ambience. Kedai dia yang dalam tu comel je tapi loaded dengan benda yang kiut miut.. kat luar pulak lebih kepada rustic feature. Ada basikal antik, poster2 lama.. rasa macam nostalgic. Pandang atas nampak awan-awan, tepi dinding ada pokok bunga menjalar.. angin pulak membuai syahdu.. kalo nak menom petang sambil makan kek tu memang ngam laa.. wah giteww..

 Ini hanya sebahagian yang aku nak rasa dulu.. ada banyak lagi variety kek yang lain untuk dicuba kelak.
 
 Suasana rustic yang simple

 Pokok2 bunga yang menjalar.. kerusi dan meja yang simple jugak. Ada basikal antik sana sini.

 Kerusi dan meja semua daripada kayu. Memang mengekalkan rupa kayu sebenar ler..

 Rata-rata orang kata kalo sampai sini kene rasa mango cheese cake dia.. Perghhh.. mangga + keju memang ngam. Tak manis sangat, sesedap rasa tekak aku le. Pastu amek peanut butter cheese cake, creme brulee, hot coffee, iced coffee and pandan cooler. Peanut butter cheese cake memang sedap deknon oiii.. kalo aku datang sini memang aku beli lagi nih.. Creme Brulee ni macam ala-ala puding karamel laa.. lembut, licin, less sweet (just nice) pastu kat atas dia ada thin layer gula yang dibakar tu menjadikan ianya sedap dan a bit crunchy. 

 Close-up gamba sket.. Ohye, air pandan cooler ni macam ada rasa kombinasi pandan, serai dan ada bijik selasih. Depa kata sesuai makan dengan sebarang cheese cake sebab air ni akan memotong sket rasa lemak kek keju tu. So, kita tak terasa muak sangat la kan.. Hot Coffee and Iced Coffee memang kaw.

 Ececece.. konon-konon bajet comel le teww amek gamba bawah pokok.. Hahahaha..

 Berkonsepkan open air, kita leh layan awan-awan yang meredupkan suasana dan angin datang menyapa lembut.. ohhoiii.. leh jadi penulis novel aku nih.. huhu



Seblom balik amek anak skolah, meh bergamba dulu tanda kenang-kenangan dating kat sini.. Lepas ni datang sini bawak anak-anak pula  :-)

No comments:

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...