Nasi Lemak Restoren Zaman, Jalan Gambang, Kuantan

Kalo Kuantanese tak kenal dan tak tahu Restoren Zaman tu apa, senang cakap takyah ngaku orang Kuantan laa.. hahaha.. At least sekali dalam seumur hidup tu kene singgah sini, pekene nasik lemak dia sebarang 1-2 bungkus, layan roti canai sekeping, teh tarik segelas.. fuhhh.. kenyang sampai tersandar lesu lerrr..

Bagi aku nasik lemak dia lebih kurang sama je ngan nasik lemak lain, nothing fancy, tapi memang freshly made, berperiuk2 nasik dia tanak kat dapur belakang tu.. sambal memang sedap, telur rebus berbijik2 atas meja, jangan lupa daun pisang ada sekali bagi nasik lemak tu mewangi kan.. 

Jenis aku ni, kalo nampak kaum Cina datang beramai-ramai makan kat restoren Melayu, confirm tempat makan tu sedap! Bukannya apa, kaum Cina ni pandai pilih kedai makan yang best. Surrounding kat restoren ni memang happening laa.. terutama hari cuti umum atau hujung minggu.. orang2 yang datang siap berdiri lerr nak tunggu orang kat meja tu abis makan.. Riuh ngan suasana orang ramai.. Sket lagi nak macam kenduri kawen dah..

Untuk first timer yang nak try Nasi Lemak Restoren Zaman ni, aku syorkan tolong ambil cuti pada hari bekerja, hari Rabu ke.. Khamis ke.. pastu datang sini, dan anda dapat makan dengan tenang. Kalo nak rasa suasana sesak riang gembira dan sanggup berdiri untuk menunggu meja kosong dan sanggup beratur kat dapur sebarang 20-30 minit untuk ambil nasik lemak siap di masak, boleh la datang pada hari cuti umum atau weekend. Selamat Menjamu Selera!!!!


Restoren Zaman, Jalan Gambang, Kuantan. Berhadapan dengan TUDM Kem Batu 10. Time ni aku pergi weekdays.. Aku dan yincik boss cuti masa ni.. Sebab tu restoren nampak tenang je.. Ko pon tak stress la kan kalo ada orang lain berdiri kat tepi meja ko jeling-jeling bila la nak abis makan ni..

 Teh tarikkk mana boley tinggal kan.. Typical Malaysian Breakfast. Signature Restoren Zaman mesti ada ais kiub sepiring.. Roti Canai jangan lupe..

 Bismillah.. Bismillah.. Nasik Lemak dah letak tepi siap-siap..

 Inilah rupe nasi lemaknya.. Sambal dia marveles woo~~~ Telo rebus atas meja.. Leh tambah lagi kalo telo da abis..

 Close-up  skek.. Hari ni je aku dah makan nasik lemak 2 bungkus, roti canai sekeping, 2 biji telo separuh masak buh kicap ngan lada sulah, teh tarik segelas.. Fuhhhh.. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suami kata takyah masak la tengahari! (mode: perut terlebih kenyang) :-)

Comments

Popular posts from this blog

Lai..lai.. laii.. Cempedak kasi murah sajaa..

Hiking Bukit Pelindung

Pasar Karat, Batu Pahat, Johor Darul Takzim - 8 Jun 2014